Sekolah Kebangsaan Sena

Kid Witness News 2012

InfoSenaCATHAY CINEPLEX, Mutiara Damansara - Sekolah Kebangsaan Sena mencatat rekod baru untuk penyertaan dalam Kid Witness News (KWN) anjuran Panasonic Malaysia Sdn Bhd apabila berjaya memasuki senarai 12 video terbaik daripada 32 video sekolah rendah dan menengahPasukan KWN SK Sena 2012 bersama plak dan hadiah-hadiah kemenangan. Hadiah-hadiah disampaikan semula oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Turut kelihatan ialah Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Penyelaras S.E.N.A CyQUEST, Pn. Hjh. Noridah binti Hj. Hamdan. seluruh negara yang layak ke pusingan akhir peringkat kebangsaan, serta memenangi anugerah Jury's Special Mention untuk video bertajuk "Speaking Without Languages". Sebanyak 56 video telah dipilih dalam saringan awal untuk penyertaan bagi program tahun 2012 daripada lebih 100 storyboard yang telah dihantar kepada Panasonic. Majlis pembentangan dan tayangan (screening) telah diadakan di sini pada 5 - 7 September yang lalu.

Video SK Sena yang bertemakan komunikasi itu memaparkan program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT antara Sekolah Kebangsaan Sena, Malaysia dan Anuban Satun School, Thailand, di mana para peserta dari kedua-dua buah negara perlu berkongsi maklumat mengenai penggunaan perisian komputer Scratch, dan dalam aktiviti-aktiviti antara budaya dalam keadaan mereka saling kurang memahami bahasa ibunda masing-masing. Pelbagai teknik kreatif telah digunakan oleh para peserta untuk memecahkan sempadan bahasa antara sesama mereka. Video tersebut telah dijayakan oleh empat orang wakil SK Sena, iaitu Syed Ahmad Muaz, Muhammad Aiman, Muhammad Imran dan Nur Fatin Adlin yang merupakan murid-murid Tahun 5 dan 6 dengan bantuan Guru Penyelaras KWN, Pn. Chik @ Rohana serta para guru dan murid lain yang turut terlibat memberikan bantuan dan sokongan. Antara hadiah yang telah diterima oleh para pemenang ialah sijil, piala, kamera digital dan t-shirt untuk setiap seorang.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan tahniah kepada semua murid dan guru yang berjaya mengharumkan nama sekolah, serta terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penggambaran video KWN 2012. Sekalung penghargaan istimewa turut disampaikan kepada Anuban Satun School dan Pejabat Perkhidmatan Pelajaran Wilayah Satun (SESAO), Thailand atas kerjasama dan bantuan yang tidak terhingga sepanjang program dan penggambaran. Video "Speaking Without Languages" boleh ditonton dalam Galeri Video SK Sena.

Kid Witness News merupakan program global anjuran Panasonic Corporation melibatkan 27 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriyah Arab Bersatu, Jepun dan Singapura. Program KWN di Malaysia dikendalikan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers