Sekolah Kebangsaan Sena

Majlis Makan Malam Amal Pandu Puteri Perlis

InfoSenaDEWAN 2020, Kangar - Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal dan Konsert Melodi Kasih di sini pada 15 September 2012. Majlis tersebut yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis, YM Dato' Tengku Shireen binti Almarhum Tengku Suleiman telah diserikan denganYM Dato' Tengku Shireen menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin dalam Majlis Makan Malam Amal dan Konsert Melodi Kasih 2012 penampilan selebriti dari dalam dan luar negara iaitu Datuk Sharifah Aini, Ernie Djohan, Bob AF2 dan Dee dengan iringan muzik oleh anggota Orkestra RTM di bawah pimpinan YBhg Dato' Mokhzani Ismail.

Dalam ucapannya, Dato' Tengku Shireen menyampaikan penghargaan beliau kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan majlis pada malam tersebut, khususnya kepada ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis atas usaha yang telah dicurahkan dalam merancang dan melaksanakan majlis tersebut. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang telah sudi menyumbang kepada majlis berkenaan, dan menyatakan bahawa sumbangan yang diterima akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Pandu Puteri dalam usaha mencapai misi dan visi bagi melahirkan golongan remaja, wanita dan dewasa yang berkaliber. Dalam temubual bersama MEDIASENA, Dato' Tengku Shireen menyebutkan bahawa sebanyak 60 buah meja telah ditempah oleh tetamu-tetamu yang hadir kebanyakannya dari negeri Perlis sendiri, dan sebahagiannya dari Thailand. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YAM Tengku Putri Utama Perlis, Dato' Seri Diraja Sharifah Salwa binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Dato' Azizan bin Hamid dan isteri, YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, serta pemimpin-pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat negeri dan kebangsaan.

Semua tetamu yang hadir menyatakan rasa gembira dan terhibur kerana dapat turut serta dalam menjayakan Majlis Makan Malam Amal tersebut. SK Sena mengucapkan jutaan terima kasih kepada YM Dato' Tengku Shireen binti Almarhum Tengku Suleiman dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis kerana sudi menjemput MEDIASENA menjadi sebahagian daripada acara yang diadakan. Nantikan liputan program dan temubual MEDIASENA bersama Dato' Tengku Shireen serta para selebriti yang mengadakan persembahan dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers