Sekolah Kebangsaan Sena

ICT Di Puncak Gunung

TechNewsTHE REGENCY, Gunung Jerai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pejabat Wilayah Utara) telah mengadakan satu sesi taklimat projek pendokumentasian video produk-produk tempatan melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pengurus-pengurus Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) / Pusat Internet 1Malaysia dan Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) dari negeri Perlis, Kedah,Tn. Hj. Mohd Hussin menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta program Pulau Pinang dan Perak di sini pada 14 Oktober 2012. Projek tersebut bertujuan untuk menonjolkan bahan-bahan dan penghasilan industri tempatan dalam kawasan yang dikelolakan oleh setiap pengurus, selain merekodkan pencapaian PJK dan PJL setelah 4 tahun beroperasi di bawah seliaan suruhanjaya tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah SKMM (Utara), Tn. Hj. Mohd Hussin bin Ali sekitar jam 10.30 pagi, diikuti dengan taklimat projek yang telah disampaikan oleh Pengarah Operasi, En. Ismail bin Othman. Dalam taklimatnya, beliau menerangkan bahawa video-video yang dihasilkan daripada projek berkenaan akan dimuatnaik ke dalam YouTube untuk disiarkan kepada orang ramai.

MEDIASENA berada di lokasi untuk mengendalikan bengkel penulisan skrip dan penyusunan storyboard yang merupakan salah satu daripada agenda pada hari tersebut. Bengkel itu menumpukan kepada elemen-elemen skrip penceritaan, serta kaedah untuk menghasilkan skrip dan storyboard dengan format yang betul menggunakan Celtx, iaitu sejenis Perisian Sumber Terbuka dan Bebas. Dalam bengkel berkenaan, para peserta diperkenalkan kepada konsep penulisan skrip, cara-cara penggunaan Celtx, serta contoh skrip yang telah dihasilkan menggunakan perisian tersebut. Para peserta turut diminta untuk menghasilkan skrip masing-masing dalam tugasan berkumpulan untuk memastikan mereka memahami bahan-bahan yang telah disampaikan, dan membentang hasil karya kumpulan masing-masing pada akhir program.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pejabat Wilayah Utara) atas kesudian menjemput MEDIASENA menjadi sebahagian daripada program berkenaan. Nantikan video liputan program dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers