Sekolah Kebangsaan Sena

Kaji Selidik FOSS Di SK Sena

InfoSenaSatu sesi kaji selidik pelaksanaan inisiatif Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (Free and Open Source Software, FOSS) telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sena pada 19 Oktober 2012 oleh Dr. Shamshul Bahri bin Zakaria, Ketua Jabatan Operasi dan Pengurusan Sistem Maklumat, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Kajian tersebut yang bertujuanDr. Shamshul menemubual Ketua Bitara ICT, Pn. Chik @ Rohana dalam sesi kaji selidik beliau di SK Sena untuk meninjau penggunaan perisian komputer dan pelaksanaan program-program berasaskan FOSS dalam kalangan Sektor Awam di Malaysia turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Open Source Competency Center (OSCC) MAMPU, Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Melaka dan Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya sendiri.

Antara aspek yang diberi penekanan dalam kajian tersebut ialah bagaimana SK Sena memulakan inisiatif FOSS di sekolah, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang pelaksanaannya, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta faktor-faktor yang mendorong pelaksanaan secara berterusan. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan, Dr. Shamshul telah berbincang dan mengadakan sesi temubual dengan sebahagian daripada individu di SK Sena yang terlibat secara langsung dalam menyokong dan melaksanakan inisiatif FOSS di sekolah. Antara pihak yang telah ditemui oleh beliau ialah Guru Besar, En. Roslan bin Yatim, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Noridah binti Hj. Hamdan, Ketua Bitara ICT (S.E.N.A CyQUEST), Pn. Chik @ Rohana binti Abd Ghani, Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST, serta murid-murid yang terlibat dalam pelaksanaan, khususnya daripada kalangan anggota MEDIASENA. Beliau turut berkesempatan untuk melawat OSSLab dan Studio CyKidzCRAZE yang mengaplikasikan teknologi FOSS sepenuhnya dalam operasi harian.

Dalam temubual beliau bersama MEDIASENA semasa meninjau pertandingan Tux Paint yang dijalankan di Makmal Komputer SK Sena, Dr. Shamshul menyebutkan bahawa pelaksanaan di SK Sena merupakan sesuatu yang unik kerana tidak dilaksanakan di banyak sekolah di Malaysia. Beliau juga menyatakan rasa teruja kerana penggunaan FOSS berlaku dalam semua peringkat di SK Sena, iaitu dari Prasekolah hingga Tahun 6, dan atas kewujudan kumpulan murid yang aktif menggunakan FOSS sehingga dapat menjadi pembimbing kepada pihak lain di dalam dan di luar sekolah.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Dr. Shamshul kerana sudi hadir ke SK Sena untuk menjalankan kaji selidik berkenaan. Liputan program telah disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video liputan dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers