Sekolah Kebangsaan Sena

Majlis Penutup CCC2012

InfoSenaIPG KAMPUS PERLIS, Behor Pulai - Program pertandingan video YouTube Creative Content Challenge Perlis 2012 (CCC2012) yang bermula pada bulan April yang lalu telah berakhir dengan Majlis Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah di Dewan Pulai 1, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis pada 1 November 2012. Program tersebut yang telahYBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang CCC2012 dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM Pejabat Wilayah Utara), Jabatan Pelajaran Perlis, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan Sekolah Kebangsaan Sena dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis melibatkan semua sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Perlis dalam pertandingan penghasilan video 5-minit bertemakan Alam Sekitar, Pendidikan dan 1Malaysia.

Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah CCC2012 menampilkan 14 buah video yang terpilih memasuki peringkat akhir pertandingan di mana sebanyak 7 buah video sekolah rendah dan 7 lagi dari sekolah menengah mewakili pasukan masing-masing merebut hadiah-hadiah yang disediakan. Keputusan akhir menyaksikan SK Paya meraih tempat pertama dengan video bertajuk Terima Kasih Cikgu, sementara SMKA (P) Kangar pula mendapat tempat kedua dengan video Air Mata Keinsafan dan SK Long Boh di tempat ketiga dengan persembahan berjudul Vandalisme: Gejala Yang Tak Sudah. Pada masa yang sama, tiga buah sekolah lagi iaitu SMK Syed Ahmad, SMK Kuala Perlis dan SK Jejawi masing-masing menerima Anugerah Khas Juri. Panel juri terdiri daripada pegawai dan guru yang dilantik khas dari Jabatan Pelajaran Perlis, BTPN Perlis, Pusat Kegiatan Guru dan SK Sena.

Ketika berucap merasmikan majlis, YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis menyatakan bahawa program tersebut merupakan salah satu hasil keputusan mesyuarat kerajaan negeri yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan murid-murid sekolah di negeri Perlis. Beliau turut menyenaraikan beberapa pencapaian sekolah di negeri Perlis dalam program-program ICT dan Multimedia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk kejayaan-kejayaan terkini yang diraih oleh SK Sena sebagai contoh pertandingan yang boleh disertai oleh guru dan murid. Seterusnya, beliau menyuarakan harapan agar semua sekolah yang terlibat melihat prospek yang ada dalam aktiviti-aktiviti berteraskan ICT dan Multimedia, serta berusaha untuk memperolehi pencapaian yang lebih tinggi dalam bidang tersebut. Turut hadir dalam majlis penutup CCC2012 ialah Ketua Penolong Pengarah BTPN Perlis, En. Ahmad Zahir bin Saad, wakil-wakil SKMM Pejabat Wilayah Utara, Pengarah IPG  Kampus Perlis, En. Tan Ying Kee, wakil Pengarah JPN Perlis, En. Sulaiman bin Daud dan wakil Guru Besar SK Sena, Pn. Noridah binti Hamdan.

SK Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Creative Content Challenge 2012, khususnya kepada para penganjur bersama yang melibatkan guru dan murid SK Sena sebagai jurulatih, fasilitator dan ahli panel juri dalam program berkenaan. Liputan program telah disediakan oleh MEDIASENA dan kru media BTPN Perlis. Maklumat lanjut tentang Creative Content Challenge 2012 serta senarai pemenang dan pautan video untuk tontonan boleh didapati dalam laman web rasmi pertandingan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers