Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam MyGOSSCON 2012

InfoSenaSHAH ALAM CONVENTION CENTER, Selangor - Sekolah Kebangsaan Sena telah mengadakan pameran dan demonstrasi teknologi dalam Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2012 yang telah berlangsung di SACC pada 26 November yang lalu. Persidangan tersebut yang bertemakan "Open Source: The Next Generation of Digital Transformation" telahKru MEDIASENA menerima anugerah Gerai Pameran Terbaik sempena MyGOSSCON 2012 daripada Dato' Dr. Nor Aliah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg Dato' Mohamad Zabidi Zainal dan menampilkan pembentangan-pembentangan dari dalam dan luar negara seperti "OSS Self-Reliance in KPKT" oleh Pn. Rosmah Rusli, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, "Why Openness Changes Everything" oleh En. Venkatesh Hariharan, Knowledge Commons India dan "What's Driving Open Source" oleh En. Simon Phipps, Presiden & CEO Open Source Initiative (OSI). Selain itu, terdapat juga gerai-gerai pameran yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi awam dan swasta seperti Universiti Sains Malaysia (Advanced Medical and Dental Institute), Universiti Malaya (Center for Continuing Education), Universiti Sains Islam Malaysia, Novell, Skali dan Microsoft. Tidak ketinggalan juga gerai MAMPU sendiri yang menampilkan produk-produk Open Source Competency Center (OSCC), termasuk dua produk terbaru iaitu MyDocManager dan MyBooking.

Gerai pameran SK Sena menampilkan penggunaan Perisian Sumber Terbuka sepenuhnya dalam suntingan dan penerbitan multimedia oleh MEDIASENA, serta infrastruktur dan sistem berasaskan Perisian Sumber Terbuka yang disediakan di sekolah. Antara tarikan istimewa yang dijalankan ialah demonstrasi penggunaan teknik chroma key yang lebih dikenali dengan nama green screen dalam perisian suntingan video Kdenlive. Para tetamu yang hadir ke gerai SK Sena telah dapat merasai sendiri penggunaan teknologi tersebut secara langsung dengan bantuan kru MEDIASENA yang bertugas dalam pameran berkenaan. Dato' Mohamad Zabidi sendiri merupakan salah seorang tetamu yang berkesempatan untuk terlibat dalam demonstrasi yang diadakan. Pada masa yang sama, SK Sena telah diberi peluang oleh pihak OSCC, MAMPU untuk mempromosikan program ICOM 2013 yang sedang dirancang melalui sesi Lightning Talks dan Birds Of A Feather (BOF) sempena MyGOSSCON 2012. Pada akhir persidangan, SK Sena telah berjaya menerima anugerah Gerai Pameran Terbaik. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MAMPU, YBhg Dato' Dr. Nor Aliah Mohd Zahri.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak MAMPU kerana telah memberikan ruang kepada SK Sena untuk menjadi sebahagian daripada MyGOSSCON 2012, serta menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu menjadikan penyertaan SK Sena dalam MyGOSSCON tahun ini satu kejayaan, khususnya kepada pihak pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis yang telah menyumbangkan pengangkutan ke Putrajaya dan Shah Alam kepada SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers