Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Kerja CCC2012

InfoSenaKUALA LUMPUR - Seramai 75 orang pegawai pendidikan, guru dan murid sekolah-sekolah negeri Perlis berada di sini pada 2 - 4 Disember 2012 untuk mengikuti satu siri lawatan kerja ke KRU Studios, Cyberjaya dan Les' Copaque, Shah Alam bagi meraikan pemenang dan petugas pertandingan video YouTube Creative Content Challenge (CCC) Perlis 2012 yang telah berlangsung pada bulan AprilGuru dan murid SK Sena yang menyertai lawatan CCC2012 bergambar bersama En. Yusry dan Pn. Lisa Surihani selepas sesi soal-jawab di KRU Studios hingga November yang lalu. Lawatan tersebut yang melibatkan pemenang-pemenang daripada 6 buah sekolah rendah dan menengah, Sekolah Kebangsaan Sena sebagai penyedia jurulatih dan fasilitator (MEDIASENA), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis telah bertolak ke Kuala Lumpur pada 2 Disember, dan disambut dengan majlis makan malam yang disediakan khas oleh YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Exco Kerajaan Negeri Perlis dan isteri, YBhg Dato' Paduka Datin Seri Sharifah Hishmah binti Syed Shahabuddin. Turut hadir meraikan para peserta rombongan pada malam tersebut ialah En. Norman Abdul Halim dan En. Edry Abdul Halim dari KRU Studios. Ketika menjawab soalan yang dikemukakan dalam temubual bersama MEDIASENA, En. Norman menerangkan bahawa lawatan yang dijadualkan akan berfokus kepada bagaimana teknik penerbitan bahan multimedia seperti muzik, filem dan animasi dijalankan di KRU Studios. Selain itu, beliau juga menyebutkan tentang penggunaan teknologi dalam kalangan generasi muda hari ini yang bukan sahaja tertumpu kepada bidang hiburan, malah dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan ekonomi, menambah ilmu pengetahuan dan memperbaiki taraf hidup.

Lawatan ke KRU Studios yang berlangsung pada hari kedua program dimulakan dengan sesi taklimat oleh staf KRU Productions yang menerangkan tentang infrastruktur penerbitan yang dimiliki oleh syarikat tersebut, serta aspek-aspek YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan menyampaikan ucapan kepada para peserta lawatan semasa sesi sambutan dan majlis makan malam di kediaman beliaupenerbitan seperti rakaman audio dan penggunaan CGI (Computer Generated Imagery) untuk menghasilkan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, seperti yang telah dibuktikan dalam penerbitan-penerbitan KRU Studios sebelum ini, antaranya Cicak-Man dan Hikayat Merong Mahawangsa. Para peserta rombongan kemudiannya dibawa melawat ke studio rakaman audio dan makmal penerbitan CGI untuk melihat sendiri bagaimana proses penghasilan dijalankan, dan peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut. Seterusnya, En. Yusry Abdul Halim dan isteri, Pn. Lisa Surihani sendiri telah berkesempatan untuk hadir dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta. Selesai soal-jawab, acara pada hari tersebut diteruskan dengan satu sesi lawatan ke Akademi KRU, di mana para peserta dapat melihat infrastruktur pengajaran dan kelas-kelas penerbitan yang sedang berjalan, serta berbual sendiri dengan pegawai dan tenaga pengajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut program-program yang ditawarkan dalam institusi berkenaan. Pada sebelah malamnya, satu majlis jamuan makan malam telah diadakan di Kafe Kerisek, Setapak di bawah tajaan YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis.

Hari terakhir program menyaksikan para peserta menghadiri sesi lawatan ringkas ke Les' Copaque, Shah Alam, iaituSalah seorang animator KRU Studios menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh MEDIASENA tentang tugasan beliau dalam bidang penerbitan di syarikat tersebut tempat di mana rancangan kanak-kanak Upin & Ipin dihasilkan. Satu taklimat telah disampaikan oleh petugas yang menyambut kehadiran rombongan CCC2012 di sana, kemudian para peserta dihiburkan dengan tayangan episod Upin & Ipin bertajuk Raja Buah. Seterusnya, pelakon-pelakon suara untuk watak Kak Ros, Susanti dan Mei Mei telah meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar dengan para peserta lawatan. MEDIASENA juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sesi temubual bersama para pelakon tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya mereka bersama Les' Copaque dalam siri Upin & Ipin. Pada sebelah petangnya, rombongan CCC2012 bertolak semula ke Kuala Lumpur untuk satu majlis sambutan, makan tengahari dan persembahan kebudayaan Malaysia yang telah disediakan oleh pihak Pusat Pelancongan Malaysia (MatiC). Acara berakhir sekitar jam 5.00 petang.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk menjadikan lawatan tersebut sebagai satu kejayaan, dan mengharapkan agar program sedemikian dapat diteruskan lagi untuk meningkatkan minat murid sekolah seluruh negeri Perlis menyertai acara-acara berteraskan ilmu dan teknologi pada masa hadapan. Sekalung penghargaan juga disampaikan kepada KRU Studios, Akademi KRU, Les' Copaque dan MaTiC kerana telah sudi menerima dan meraikan lawatan Creative Content Challenge 2012. Nantikan video liputan program serta temubual MEDIASENA bersama KRU Studios, Les' Copaque dan pihak penganjur dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers