Sekolah Kebangsaan Sena

i-ENVEX Di SK Sena

En. Mohd Mustafa Al Bakri menyampaikan taklimat pembangunan inovasi kepada murid-murid SK Sena yang terlibat dengan i-ENVEX 2013SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena menerima lawatan daripada beberapa orang pegawai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 16 Januari 2013 yang lalu sempena sesi pengenalan i-ENVEX 2013 kepada para murid dan guru yang terpilih menyertai program tersebut. Antara pegawai yang hadir ialah Dr. Khairel Rafezi bin Ahmad yang merupakan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan, Prof. Madya Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali, En. Mohd Mustafa Al-Bakri bin Abdullah, Cik Alida binti Abdullah dan En. Muhammad Faheem bin Mohd Tahir dari PPK yang sama.

Seramai 30 orang murid dan 7 orang guru telah terlibat dalam sesi pertama perbincangan i-ENVEX SK Sena. Sesi tersebut yang telah dijalankan di Makmal Komputer SK Sena dimulakan dengan pengenalan kepada konsep dan idea inovasi oleh En. Mohd Mustafa Al Bakri, diikuti dengan taklimat tentang projek kitar semula olehPeserta program i-ENVEX SK Sena menerangkan idea inovasi kepada pegawai UniMAP dan rakan-rakan Prof. Madya Che Mohd Ruzaidi. Seterusnya, Dr. Khairel Rafezi telah menyampaikan ucapan untuk memberi inspirasi kepada para murid dan guru supaya berminat untuk meningkatkan pencapaian diri dan sekolah dalam bidang rekacipta dan inovasi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Program pengenalan i-ENVEX kemudiannya diteruskan dengan sesi perbincangan kumpulan di bawah pemantauan pegawai-pegawai UniMAP yang hadir untuk melihat idea dan kemampuan awal murid-murid dan guru-guru yang berkenaan. Para peserta dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan idea inovasi masing-masing, sebelum membentangkan idea kumpulan kepada semua hadirin. Cik Alida dan En. Muhammad Faheem bertindak selaku penasihat kepada semua kumpulan, dan juri dalam sesi pembentangan yang diadakan pada akhir program.

i-ENVEX, atau International Engineering Invention and Innovation Exhibition merupakan program inovasi dan rekacipta antarabangsa yang dikendalikan oleh UniMAP melalui ENVEX Young Researchers Club (EYReC). Pada masa ini, pihak sekolah dan UniMAP sedang merancang untuk menubuhkan Chapter ENVEX di SK Sena melalui Kelab Jurutera Tunas Muda untuk mencungkil bakat, menimbulkan minat dan meningkatkan pencapaian dalam bidang kejuruteraan, inovasi dan rekacipta di peringkat sekolah. Produk inovasi yang berjaya dihasilkan oleh murid-murid yang terlibat di bawah bimbingan UniMAP akan diberi peluang untuk ditonjolkan dalam pelbagai pameran dan pertandingan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada UniMAP atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan i-ENVEX di SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers