Sekolah Kebangsaan Sena

Sena Science Fair 2013

Juri pertandingan melihat demonstrasi produk oleh peserta-peserta yang mengambil bahagian.SK SENA, Kangar - Sena Science Fair 2013 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Kantin sekolah pada 23 Februari yang lalu melibatkan seramai 33 orang murid dan 11 orang guru pembimbing dalam 11 pasukan. Program tersebut yang diadakan buat kali pertama dalam sejarah Sekolah Kebangsaan Sena dengan tema "Make Me Something!" telah dijalankan berdasarkan keputusan mesyuarat kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - SK Sena pada 7 Januari yang lalu untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Antara objektif utama pelaksanaan Sena Science Fair ialah untuk meningkatkan kebolehan berfikir secara kreatif dan inovatif dalam kalangan guru dan murid, serta memberi peluang kepada para peserta untuk terlibat dalam program-program yang serupa di peringkat yang lebih tinggi.

Aturcara Sena Science Fair 2013 bermula seawal jam 9.00 pagi dengan pendaftaran para peserta bersama produk dan poster persembahan masing-masing. Seterusnya, para peserta diberi masa selama satu jam untuk menyusun bahan di ruang pertandingan yang disediakan, dan bersedia untuk membentangkan projek kumpulan kepada para juri. Pertandingan bermula pada jam 10.00 pagi, di mana para juri telah bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan berikutnya untuk menilai projek yang dijalankan berdasarkan idea yang dihasilkan dan penerangan yang diberikan oleh setiap peserta. Para juri juga telah bertanyakan pelbagai soalan berkaitan produk yang dihasilkan untuk melihat keberkesanan idea setiap kumpulan, dan menilai sejauh mana para peserta mampu mempertahankan idea masing-masing.

Juri pertandingan tahun ini ialah En. Faizul bin Che Pa, Pn. Noorina Hidayu binti Jamil dan En. Muhammad Faheem bin Mohd Tahir dari UniMAP, serta Pn. Chik @ Rohana binti Abdul Ghani yang merupakan juri jemputanKumpulan 2 menerangkan produk-produk yang dihasilkan kepada para juri. khas untuk pameran kali ini. Turut hadir ialah En. Mohd Mustafa Al Bakri bin Abdullah yang merupakan Pensyarah Kanan UniMAP selaku pemerhati dan penasihat pertandingan yang dijalankan. Sebanyak 18 projek telah dipertandingkan dalam Sena Science Fair 2013 melibatkan produk-produk inovasi dalam bidang pemakanan, kesihatan, sukan, gaya hidup, pendidikan dan sebagainya. Pada akhir pertandingan, produk BreadFriend oleh Kumpulan 5 telah berjaya muncul Johan dalam pertandingan berkenaan. Produk Penyapu Lipat oleh Kumpulan 10 dan Beg Kerusi oleh Kumpulan 2 pula masing-masing berjaya meraih kemenangan Tempat Kedua dan Ketiga. Senarai penuh penyertaan 2013 boleh dilayari dalam artikel i-ENVEX 2013.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Ahmad bin Hamid dari Jabatan Pelajaran Perlis. Dalam ucapannya, beliau menyeru para peserta agar terus aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berasaskan kreativiti seperti Sena Science Fair, dan meningkatkan pencapaian sehingga ke peringkat antarabangsa, sama ada semasa di sekolah rendah mahupun menengah. Beliau turut menyampaikan penghargaan Jabatan Pelajaran Perlis kepada UniMAP atas sumbangan yang telah diberikan ke arah kecemerlangan pendidikan di negeri Perlis. Seterusnya, beliau telah menyampaikan Sijil Pelantikan Kelab Jurutera Tunas Muda, ENVEX Young Researchers Club (EYReC), Chapter SK Sena kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Acara kemuncak pada hari tersebut ialah penyampaian pingat dan Sijil Pencapaian kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya mencapai kejayaan dalam pertandingan yang diadakan.

SK Sena menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Sena Science Fair 2013, dan mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghasilkan idea dan produk untuk pertandingan kali ini. Semoga usaha, keyakinan dan kecerdasan yang ditunjukkan dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Liputan Sena Science Fair 2013 disediakan oleh MEDIASENA.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers