Sekolah Kebangsaan Sena

Anugerah Seri Gemilang UniMAP

Penolong Kanan Pentadbiran SK Sena menerima anugerah daripada DYTM Tuanku Raja Muda PerlisUniMAP, Pauh Putra - Majlis Anugerah Seri Gemilang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra semalam melibatkan staf universiti tersebut dan beberapa pihak luar yang dijemput hadir. Majlis tersebut yang merupakan acara tahunan UniMAP telah diadakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pensyarah, pegawai serta staf sokongan UniMAP sempena perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2012. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Perdana Seri Gemilang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, dan Anugerah Kecemerlangan Sukan. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP. Turut hadir ialah DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor UniMAP, Pengerusi Lembaga Pengarah, YBhg Dato’ Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai bin Mohamed dan Naib Canselor, YBhg Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin.

Sekolah Kebangsaan Sena telah menerima jemputan untuk hadir dalam majlis tersebut sebagai penerima Anugerah Khas UniMAP (Agensi), iaitu anugerah yang diberikan kepada pihak luar yang telah bersama-sama menyumbang tenaga dan berjasa kepada universiti. Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim yang ketika itu menghadiri majlis penyampaian anugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar (Bai'ah) 2012 di Bangi telah diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Noridah binti Hamdan. Beliau telah diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Norma binti Ishak, Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, En. Saifur Ridzwan bin Mustafa, Ketua Bitara ICT, Cik Azizah binti Hamzah dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST. UniMAP telah berjaya meraih sebanyak 3 kemenangan bersama SK Sena (Anugerah Jalinan SKK - IPTA, Anugerah Rekacipta dan Inovasi SKK, Anugerah Amalan Terbaik SKK) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Jalinan SKK - IPTA yang telah diadakan di Putrajaya pada bulan Oktober 2012. Selain SK Sena, pihak lain yang turut menerima anugerah berkenaan ialah Jabatan Standard Malaysia, Affin Bank Berhad Cawangan Kangar, Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Persekutuan Pengakap Negeri Perlis, Persatuan Pelukis Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UniMAP atas jemputan untuk hadir dan menerima anugerah dalam majlis yang telah diadakan, dan mengharapkan agar hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua buah institusi dapat dikekalkan secara berterusan.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers