Sekolah Kebangsaan Sena

Taklimat 1CATs Sempena i-ENVEX 2013

Taklimat pelaksanaan Penggerak Inovasi (1CATs) oleh pegawai Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)UniMAP, Pauh Putra - Seramai 9 orang murid dan 2 orang guru Sekolah Kebangsaan Sena berada di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Perlis pada 21 Mac 2013 untuk menghadiri sesi Pelancaran dan Taklimat Penggerak Inovasi (1CATs) Peringkat Zon Utara sempena i-ENVEX 2013. Pihak sekolah telah menerima jemputan untuk menghadiri sesi tersebut sebagai sebahagian daripada peserta yang akan menyertai International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) yang akan berlangsung di UniMAP pada 26 - 28 April 2013.

Sesi tersebut yang berfokuskan kepada taklimat program Jejak Inovasi anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah bermula pada jam 3.30 petang dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UniMAP, YBhg. Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin. Dalam ucapannya, beliau menggariskan beberapa kejayaan yang telah dicapai bersama antara pihak universiti dengan beberapa buah sekolah, termasuk SK Sena dalam pameran dan pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa. Kemudian, majlis diteruskan dengan taklimat pelaksanaan oleh pegawai-pegawai YIM yang menerangkan tentang bagaimana Jejak Inovasi tahun ini mensasarkan untuk menerokai 1000 inovasi akar umbi melalui pencarian oleh penggerak-penggerak inovasi seluruh negara yang berdaftar dalam 1CATs. Selain SK Sena, antara sekolah lain yang turut hadir dalam taklimat berkenaan ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis dan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah.

SK Sena telah diwakili oleh anggota-anggota kumpulan produk inovasi i-ENVEX 2013, Ketua Bitara ICT, dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST dalam majlis tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas jemputan daripada Universiti Malaysia Perlis untuk menjadi sebahagian daripada program tersebut. Maklumat lanjut tentang 1CATs boleh dilayari di http://1cats.my/.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers