Sekolah Kebangsaan Sena

Yayasan Inovasi Malaysia Di SK Sena

Pegawai Yayasan Inovasi Malaysia melihat produk yang dipamerkan oleh salah satu kumpulan peserta Sena Science Fair 2013SK SENA, Kangar - Sekumpulan pelawat yang terdiri daripada 10 orang pegawai Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) berada di SK Sena pada 22 Mac 2013 untuk sesi pencarian inovasi dan pendaftaran produk murid-murid SK Sena yang telah menyertai Sena Science Fair pada 23 Februari lalu. Sebanyak 18 produk oleh 11 kumpulan guru dan murid telah dipamerkan semula untuk dinilai oleh pegawai-pegawai yang hadir.

Rombongan YIM tiba di SK Sena sekitar jam 10.30 pagi, dan telah disambut oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Zubir bin Ghazali, Yang Dipertua PIBG, En. Ahmad Shukri bin Ali dan sebahagian daripada guru-guru pelaksana Sena Science Fair 2013. Seterusnya, semua pegawai yang hadir telah dibawa ke Perpustakaan SK Sena di mana para murid berada dalam kumpulan bersama produk masing-masing. Majlis dimulakan dengan taklimat pelaksanaan program Jejak Inovasi 2013 dan promosi Penggerak Inovasi (1CATs) yang sedang giat dijalankan di seluruh negara, dan mensasarkan untuk menemui 1000 inovasi akar umbi pada tahun ini. Seterusnya, para peserta diminta mengisi borang pendaftaran yang menerangkan produk inovasi masing-masing, dan membentangkan produk-produk berkenaan untuk penilaian dan maklumat lanjut. Satu sesi soal-jawab turut diadakan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang terlibat bertanya tentang 1CATs dan YIM. Hadiah-hadiah telah disediakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia. Turut hadir menjayakan lawatan tersebut ialah sebahagian daripada ibu bapa dan ahli keluarga kepada murid yang menyertai program berkenaan.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada YIM kerana sudi hadir ke SK Sena untuk sesi pendaftaran produk dan promosi 1CATs tersebut. Liputan program telah disediakan oleh MEDIASENA. Maklumat lanjut tentang Yayasan Inovasi Malaysia boleh dilayari di http://www.yim.my/.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers