Sekolah Kebangsaan Sena

Kunjungan Bahagian Teknologi Pendidikan

Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Penolong Kanan Pentadbiran SK Sena dalam sesi taklimat ringkas di Bilik Mesyuarat SK SenaSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kuala Lumpur pada 24 April 2013 dalam rangka kerja mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara pihak sekolah dengan agensi tersebut. Rombongan BTP yang diwakili oleh Tn. Hj. Shamsuddin bin Hassan, Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan BTP dan Tn. Hj. Ishak bin Mahbob, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor telah diiringi oleh En. Ahmad Zahir bin Saad, Ketua Penolong Pengarah BTPN Perlis dan pegawai-pegawai beliau.

Ketibaan rombongan BTP di SK Sena sekitar jam 9.30 pagi disambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Noridah binti Hamdan mewakili Guru Besar, dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST. Satu sesi perbincangan dan taklimat ringkas telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Sena, di mana wakil BTP yang hadir menghuraikan secara ringkas perancangan untuk menjadikan SK Sena sebagai sekolah angkat kepada agensi berkenaan, dan meletakkan sekolah di bawah program jaringan APEC Learning Community Builders (ALCoB), iaitu program jaringan yang melibatkan guru, pelajar, penyokong dan pentadbir pendidikan negara-negara rantau Asia Pasifik. Satu pembentangan ringkas tentang program-program dan pencapaian ICT SK Sena kemudiannya telah disampaikan oleh Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST.

Seterusnya, para tetamu yang hadir dibawa ke Studio CyKidzCRAZE untuk satu sesi temubual bersama kru MEDIASENA. Antara perkara yang dibincangkan dalam temubual tersebut ialah peranan BTP dalam bidang pendidikan di Malaysia, sumbangan yang boleh diberikan oleh BTP kepada pihak sekolah dan pandangan pihak BTP tentang program-program berasaskan ICT yang telah dijalankan oleh SK Sena.

Pihak sekolah menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur kerana sudi hadir ke SK Sena untuk membangunkan hubungan kerjasama yang lebih aktif pada masa hadapan. Liputan program disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan liputan dan temubual program dalam Galeri Video SK Sena.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers