Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Raih Emas Di IEYI 2013

Para peserta SK Sena bersama Pingat Emas yang dimenangi dalam IEYI 2013KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER - Sekolah Kebangsaan Sena melalui empat orang Jurutera Tunas Muda mencatatkan kejayaan cemerlang apabila berjaya memenangi Pingat Emas antarabangsa dalam International Exhibition for Young Inventors (IEYI) yang diadakan di sini pada 9 - 11 Mei 2013. Program tersebut yang dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS) melibatkan pelbagai produk yang diterbitkan oleh beratus-ratus universiti, agensi, sekolah dan individu dari 15 buah negara seperti Taiwan, Hong Kong, Singapura, Russia, Arab Saudi, Jepun, Korea dan Filipina, serta menerima lawatan daripada lebih 12,000 pengunjung sepanjang tempoh pelaksanaan.

SK Sena yang diwakili oleh Muhammad Ehzan bin Zubaidi (5 Elit), Muhammad Rafiq bin Mohd Redzuan (5 Elit), Syed Ahmad Muaz bin Syed Zainal Abidin Khilmi (6 Cenderawasih) dan Muhammad Danish bin Saidar (6 Cenderawasih) telah membentangkan produk BreadFriend kepada para juri dan pelawat yang hadir. Produk tersebutKetua pasukan SK Sena, Muhammad Ehsan bin Zubaidi menerima hadiah kemenangan daripada YBhg Tan Sri Emeritus Prof. Datuk Dr. Augustine S. H. Ong, Presiden Jawatankuasa Eksekutif MINDS yang dibangunkan sendiri oleh para pelajar di bawah bimbingan dan khidmat nasihat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui ENVEX Young Researchers Club (EYReC) sedang dinilai oleh pasukan pakar Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk tujuan pendaftaran paten dan potensi pemasaran. Lebih membanggakan ialah apabila produk yang sama turut berjaya memenangi Asia Invention Association Special Award, Korea yang telah disampaikan melalui Naib Canselor UniMAP, YBhg Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin dalam satu majlis yang diadakan di tapak pameran utama universiti tersebut pada hari terakhir program. Pasukan berkenaan bersama produk mereka kini dalam persediaan untuk dipertandingkan dalam Macau 2013 International Innovation & Invention Expo di Macau Fisherman's Wharf & Exhibition Center pada 28 - 30 Jun yang akan datang.

Selain SK Sena, antara sekolah lain yang turut mencatatkan pencapaian dalam IEYI 2013 ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad, Perlis, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor yang juga berada di bawah naungan EYReC, UniMAP. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sumbangan dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan penyertaan sekolah dalam IEYI 2013, khususnya kepada pihak Universiti Malaysia Perlis yang telah menyumbangkan kepakaran dan khidmat bantu kepada para peserta yang mengambil bahagian.

Hadiah utama telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Emeritus Prof. Datuk Dr. Augustine S. H. Ong, Presiden Jawatankuasa Eksekutif MINDS. Maklumat lanjut tentang pameran dan pertandingan yang diadakan boleh dilayari dalam laman web rasmi International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2013.

Edit: Berita pencapaian SK Sena bersama UniMAP juga boleh didapati dalam laman web rasmi UniMAP di http://www.unimap.edu.my/index.php/latest-news/403-unimap-marks-a-record-of-succeeding-hundred-percent-gold-medals-in-ayie-2013.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers