Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam Anugerah Inovasi ICT 2012

Panel penilai Anugerah Inovasi ICT 2012 yang dipengerusikan oleh Dato' Dr. Nor Aliah di bangunan MAMPU, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, PutrajayaKOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI, Putrajaya - En. Ahmad Ferdaus bin Abd Razak, Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST dan En. Saifur Ridzwan bin Mustafa, Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Sena berada di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), di sini pada 16 Mei 2013 untuk satu pembentangan projek bertajuk "TV Sena: Studio Multimedia Dalam Pendidikan" sempena pencalonan Anugerah Inovasi ICT (AIICT) 2012. Pencalonan tersebut yang terbuka kepada semua agensi kerajaan di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai pengiktirafan dan anugerah terunggul kepada agensi yang telah menghasilkan inovasi dan kecemerlangan ICT bagi mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang efektif, mudah dan cepat. Anugerah tersebut juga merupakan salah satu pengiktirafan selain Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan dan Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah yang berasaskan Anugerah Inovasi Perdana Menteri atau dikenali dengan nama asalnya sebagai Anugerah Kualiti Perdana Menteri.

Pembentangan SK Sena kali ini berfokuskan kepada pelaksanaan projek penerbitan audiovisual melibatkan murid-murid yang terlibat dalam pasukan MEDIASENA, dan merupakan saringan kedua selepas pencalonan bertulis yang dihantar pada bulan Februari yang lalu. Pembentangan tersebut yang mengambil masa selama lebih kurang 30 minit memaparkan aspek-aspek seperti kreativiti dalam pelaksanaan, keberkesanan projek, kualiti dan pengiktirafan yang telah diterima, serta perancangan masa hadapan. Saringan seterusnya melibatkan lawatan tapak ke agensi-agensi yang terpilih untuk memasuki fasa tersebut.

Majlis telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Dr. Nor Aliah binti Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU dan telah melibatkan sebanyak 13 orang ahli panel penilai dari pelbagai agensi. Pihak sekolah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas pemilihan projek SK Sena untuk memasuki fasa kedua pencalonan Anugerah Inovasi ICT 2012, dan mendoakan kejayaan projek berkenaan dalam saringan seterusnya.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers