Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Tapak AIICT 2012

Dato' Dr. Nor Aliah dan ahli-ahli panel juri AIICT 2012 memerhatikan pelaksanaan sesi latihan Scratch untuk murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 di Makmal Komputer SK SenaSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah menerima kunjungan pegawai-pegawai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 28 Mei 2013 sempena sesi Lawatan Tapak untuk penilaian Anugerah Inovasi ICT (AIICT) 2012. Rombongan tersebut yang diketuai oleh YBhg Dato' Dr. Nor Aliah binti Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU merangkap Pengerusi Panel Juri AIICT 2012 telah disertai oleh seramai tujuh orang ahli panel penilai dan tiga orang anggota urusetia pertandingan untuk tahun ini. Turut hadir mengiringi rombongan tersebut ialah En. Hamidi bin Md Saad, Ketua Unit Inovasi, Sektor Jaminan Kualiti dan En. Ayub bin Ahmad, Ketua Unit Hal Ehwal Murid dari Jabatan Pelajaran Perlis serta pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis.

Sesi tersebut merupakan saringan akhir daripada tiga peringkat penilaian AIICT 2013 melibatkan penghantaran laporan projek inovasi secara atas talian (online) yang berakhir pada 18 Februari 2013 dan pembentangan projek di bangunan MAMPU, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 16 Mei yang lalu. Projek SK Sena yang bertajuk TV Sena: Studio Multimedia Dalam Pendidikan memaparkan pelaksanaan program penghasilan bahan multimedia berdasarkan tatacara profesional menggunakan teknologi Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (FOSS) kendalian murid sepenuhnya di SK Sena.Wakil MEDIASENA, Muhammad Ehsan bin Zubaidi membentangkan penglibatan dan pencapaian beliau dalam pasukan tersebut kepada panel juri AIICT 2012

Rombongan panel juri tiba di Dataran Sena pada jam 9.30 pagi di mana satu majlis sambutan ringkas telah diadakan untuk meraikan para tetamu yang hadir. Para tetamu kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat SK Sena untuk sesi taklimat dan pembentangan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST, En. Ahmad Ferdaus bin Abd Razak meneruskan taklimat dengan menerangkan tentang pelaksanaan projek TV Sena dengan lebih mendalam, diikuti oleh pembentangan tentang penglibatan dalam projek berkenaan oleh wakil murid yang menganggotai MEDIASENA, bekas pelajar yang sedang menuntut sekolah menengah dan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam pasukan MEDIASENA. Selesai pembentangan, para juri dibawa melawat ke tiga buah infrastruktur utama pelaksanaan projek TV Sena, iaitu OSSLab, Studio CyKidzCRAZE dan Makmal Komputer SK Sena.

Lawatan AIICT 2012 tersebut berakhir sekitar jam 11.30 pagi dengan satu sesi fotografi melibatkan ahli-ahli panel, para guru, murid dan ibu bapa yang hadir dalam majlis yang telah diadakan. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjuran dan penilaian Anugerah Inovasi ICT 2012 atas peluang yang diberikan kepada SK Sena untuk menjadi sebahagian daripada program berkenaan. Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan SK Sena dalam AIICT 2012.

Liputan program disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video temubual MEDIASENA bersama wakil panel penilai dalam Galeri Video SK Sena.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers