Sekolah Kebangsaan Sena

Pelancaran Media RPCG 2013

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin menyempurnakan gimik sempena majlis Pelancaran Media Royal Perlis Celebration Golf 2013 di Hall of Fame, The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan, SelangorTHE MINES RESORT & GOLF CLUB, Selangor - Majlis Pelancaran Media Royal Perlis Celebration Golf 2013 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Ke-70 DYMM Tuanku Raja Perlis telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di sini pada 4 Jun 2013 yang lalu. Majlis tersebut yang diadakan dengan matlamat untuk mempromosikan Royal Perlis Celebration Golf (RPCG) 2013 yang akan berlangsung di Perlis pada 22 dan 23 Jun nanti telah diserikan dengan kehadiran DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YAB Tn. Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis, YB Dato' Azizan bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YAM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Jawatankuasa Royal Perlis Celebration Golf 2013, Pn. Dianna Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Country Heights Holdings Bhd mewakili YBhg Tan Sri Lee Kim Yew, Pengerusi Lembaga Pengarah The Mines Resort & Golf Club, eksekutif The Mines danDYMM Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan titah perasmian Pelancaran Media Royal Perlis Celebration Golf 2013 pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. RPCG tahun ini yang bertemakan Fantastic 70 merupakan program ketiga dalam siri tahunan yang telah dimulakan pada tahun 2011 melalui inisiatif Kerajaan Negeri Perlis dan The Mines, dengan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan badan kerajaan termasuk Tourism Malaysia. Sebahagian daripada aktiviti yang dirancang akan berlangsung di Kelab Golf Putra (KGP), Sg. Batu Pahat, Perlis untuk siri 2013 ialah Pro-Am Tournament melibatkan pemain-pemain profesional dan amatur, Junior Golf Skill Competition untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah di bawah bimbingan kelab berkenaan, Jamuan Makan Malam untuk meraikan semua pemain dan petugas, Kejohanan Sepak Raga Tuju, serta Kejohanan Golf yang akan berlangsung pada hari terakhir RPCG.

Program pada hari tersebut dimulakan dengan permainan golf pada sebelah pagi melibatkan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin bersama wakil-wakil media yang dijemput hadir. Sesi tersebut yang tamat sekitar tengah hari diakhiri dengan jamuan untuk semua tetamu, wakil media dan petugas program. Seterusnya, satu majlis telah diadakan bermula jam 2.30 petang di Hall of Fame, The Mines untuk merasmikan pelancaran RPCG 2013. Dalam majlis tersebut, YAM Dato' Seri Diraja Syed Razlan selaku Pengerusi Jawatankuasa penganjuran program telah menerangkan tentang acara-acara yang bakal dijalankan pada 22 dan 23 Jun nanti. Majlis kemudiannya diteruskan dengan titah dan gimik pelancaran oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin sebelum sesi penyampaian cenderamata kepada baginda tuanku oleh wakil The Mines. Selain itu, antara aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur untuk menceriakan lagi majlis ialah persembahan tarian Perlis Permai Lagi Mempesona oleh murid-murid SRK Seri Indera, Kangar dan pertunjukan ular oleh staf Taman Ular dan Reptilia Perlis yang mendapat sambutan hangat daripada para penonton. Majlis Pelancaran Media RPCG 2013 diakhiri dengan sesi sidang akhbar untuk membolehkan wakil-wakil media mendapatkan maklumat lanjut tentang acara tahun ini. Antara pihak media yang hadir ialah Radio Televisyen Malaysia (RTM), ASTRO, Utusan Malaysia, The Star dan The Malay Mail.

MEDIASENA hadir dalam majlis tersebut untuk menjalankan liputan rasmi program pelancaran media berkenaan berdasarkan jemputan Jawatankuasa RPCG 2013. Seramai empat orang petugas telah terlibat dalam liputan tersebut, manakala anggota-anggota pasukan yang lain akan menjadi sebahagian daripada kumpulan petugas program utama yang akan berlangsung di Perlis. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjuran Royal Perlis Celebration Golf 2013 atas kesudian melibatkan SK Sena dalam program tahun ini, serta menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan penyertaan SK Sena sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Nantikan video liputan program serta temubual MEDIASENA bersama YAB Tn. Azlan bin Man, Pn. Dianna Lee dan Tengku Noriah binti Tengku Mahmud, Pengurus Taman Ular dan Reptilia Perlis dalam Galeri Video SK Sena.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers