Sekolah Kebangsaan Sena

Royal Perlis Celebration Golf 2013

Pertandingan putting yang dijalankan sebagai salah satu acara Junior Golf Skills Competition RPCG 2013PUTRA GOLF CLUB, Sg. Batu Pahat - Royal Perlis Celebration Golf (RPCG) 2013 yang berjalan selama 2 hari mulai 22 Jun 2013 di sini telah berlangsung dengan penuh kemeriahan sebagai salah satu acara tahunan untuk meraikan Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis. RPCG tahun ini yang merupakan siri ketiga dalam kalendar sambutan tersebut telah dilancarkan pada 4 Jun yang lalu oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di The Mines Resort & Golf Club dengan tema Fantastic 70.

Antara acara utama yang diadakan dalam RPCG 2013 ialah Junior Golf Skills Competition melibatkan kemahiran-kemahiran seperti driving, putting dan chipping untuk menilai pencapaian pemain-pemain golf muda Perlis. Sebanyak 18 hadiah ditawarkan dalam dua kategori, iaitu Bawah-15 dan Bawah-10. Selain itu, terdapat juga pertandingan Pro-Am untuk para tetamu kenamaan yang hadir, serta pertandingan profesional untuk pemain-DYMM Tuanku Syed Sirajuddin bersama para tetamu kenamaan RPCG 2013 dalam sesi tinjauan acara-acara yang dijalankanpemain golf dari seluruh negara. Tidak ketinggalan pertandingan sepak raga tuju yang disertai oleh pasukan-pasukan dari pelbagai negeri, dan pertandingan seni Merbah Jambul yang turut menerima sambutan yang amat menggalakkan. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin sendiri telah berkenan untuk melawat dan menyaksikan acara-acara yang diadakan sepanjang program pada dua hari tersebut. Turut hadir ialah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Pada masa yang sama, majlis juga diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kenamaan dari seluruh negara, antaranya YAM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa RPCG 2013, YAB Tn. Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Perlis, dan pegawai-pegawai The Mines Resort & Golf Club.

Majlis makan malam sambutan RPCG yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kangar menyaksikan penglibatan seramai hampir 300 orang tetamu termasuk para pemain dan petugas program. Majlis yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tn. Azlan itu telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin sendiri, sebelum para tetamu dijemput menikmati jamuan yang disediakan di samping persembahan-persembahan istimewa daripada Kombo PDRM Kedah, pasukan tarian SRK Seri Indera, Kangar dan persembahan khas daripada beberapa orang artis jemputan termasuk Najib Haniff yang lebih dikenali dengan panggilan 'Tom Jones Malaysia'.

SK Sena menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri Perlis, khususnya kepada Jawatankuasa Sambutan RPCG kerana memberi peluang kepada MEDIASENA untuk terlibat dalam keseluruhan program tahun ini, dan mengharapkan semoga kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan dapat diteruskan pada masa hadapan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan SK Sena dalam Royal Perlis Celebration Golf 2013. Nantikan video liputan dalam Galeri Video SK Sena.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers