Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Raih Emas, Anugerah Khas Di Macau

Pasukan SK Sena memberi penerangan tentang produk yang dipertandingkan kepada juri pertandinganMACAU - Pasukan rekacipta Sekolah Kebangsaan Sena bersama produk mereka, BreadFriend mencatatkan kejayaan cemerlang apabila meraih tiga anugerah dalam Macau 2013 International Innovation & Invention Expo yang telah berlangsung pada 28 - 30 Jun yang lalu di Macau Fisherman's Wharf & Exhibition Center di sini. Pasukan tersebut yang terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 dan 6 telah berjaya memenangi Gold Medal, serta dua anugerah khas iaitu World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) Special Award dan Korea University Invention Association (KUIA) Special Award.

Ekspo berkenaan merupakan acara antarabangsa yang dianjurkan secara tahunan oleh WIIPA, Macau Innovation & Invention Association (MIIA), China Association of Inventions dan Hong Kong Invention Association dengan kerjasama pelbagai agensi awam dan korporat Macau. Antara negara lain yang turut mengambil bahagian dalam program tahun ini ialah Poland, Croatia, Hong Kong dan Filipina. SK Sena mengambil bahagian dalam pertandingan 2013 sebagai kesinambungan daripada duaPasukan SK Sena bersama Guru Besar, En. Roslan Yatim dan ketua delegasi Malaysia, En. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah dari UniMAP menunjukkan anugerah-anugerah khas yang dimenangi kemenangan di peringkat antarabangsa sebelum ini, iaitu dalam i-ENVEX 2013 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan International Exhibition for Young Inventors (IEYI) di Kuala Lumpur Convention Center pada bulan April dan Mei yang lalu. Penyertaan SK Sena dijalankan di bawah bimbingan dan khidmat nasihat ENVEX Young Researchers' Club (EYReC), UniMAP melalui Kelab Jurutera Tunas Muda. Selain SK Sena, pasukan lain dari Malaysia yang hadir dalam Macau Expo 2013 ialah Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Sekolah Menengah Imtiyaz, Dungun, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Sekolah Menengah Sains Tapah, Universiti Malaysia Pahang dan UniMAP sendiri.

Selain mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan, pasukan SK Sena turut berkesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Macau, serta mengikuti satu lawatan khas yang dianjurkan oleh UniMAP ke Hong Kong Disneyland.

Produk BreadFriend kini dalam proses pencalonan untuk Anugerah Inovasi Negara melalui Yayasan Inovasi Malaysia dan World Inventor Award Festival (WIAF) 2013 yang akan diadakan di Seoul, Korea hujung tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara dalam acara di peringkat antarabangsa, serta menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para individu, badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat korporat yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan kepada pasukan SK Sena untuk mengambil bahagian dalam Macau 2013 International Innovation & Invention Expo.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers