Sekolah Kebangsaan Sena

YIM Innovation Toolkit

Murid-murid SK Sena menghasilkan bahan inovasi menggunakan School Club Innovation Toolkit yang dibekalkan oleh Yayasan Inovasi MalaysiaSK SENA, Kangar - Program pemikiran kreatif dan inovatif School Club Innovation Toolkit 2013 telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sena hari ini melibatkan seramai 200 orang murid Tahun 5 dan 6 serta sebilangan anggota MEDIASENA. Program tersebut yang telah dibangunkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui sokongan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk memacu dan memupuk budaya pemikiran Kreatif dan Berinovasi dalam kalangan murid-murid sekolah di Malaysia. Satu set modul yang mengandungi garis panduan aktiviti dan bahan-bahan asas pembinaan projek-projek rekacipta dan inovasi turut disediakan untuk membantu pelaksanaan di sekolah-sekolah. Sebanyak 100 buah sekolah seluruh negara telah dipilih sebagai perintis kepada Innovation Toolkit, dan para guru dari sekolah-sekolah berkenaan telah diberi latihan untuk membolehkan mereka mengendalikan aktiviti secara berkesan menggunakan Toolkit yang dibekalkan.

Program di SK Sena dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 8.00 pagi, di mana setiap peserta yang hadir telah menerima lencana Innovation Toolkit. Seterusnya, satu tayangan video pelaksanaan program Kids Invent! telah diadakan untuk memberi maklumat lanjut tentang program-program inovasi yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia. Sesi penghasilan bahan inovasi pertama yang berlangsung dalam program di SK Sena bertajuk "Kereta Graviti". Dalam sesi Produk-produk terbaik yang dihasilkan oleh murid-murid SK Sena dalam sesi "Kereta Layar" sempena School Club Innovation Toolkit 2013berkenaan, semua peserta dikehendaki menghasilkan sebuah kereta menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan berserta bahan-bahan terpakai dengan matlamat akhir untuk membolehkan kereta tersebut bergerak secara lancar dan lurus hanya dengan menggunakan tarikan graviti. Sesi kedua pula menyaksikan para peserta menghasilkan "Kereta Layar" yang bergerak dengan kuasa angin. Rekabentuk dan ciri-ciri Kereta Layar yang dihasilkan terpulang sepenuhnya kepada idea setiap kumpulan peserta. Dalam sesi latihan terakhir yang bertajuk "Balancing Bob", para peserta telah menghasilkan objek seimbang dengan tahap kestabilan yang tinggi.

Selesai latihan, semua kumpulan yang mengambil bahagian diminta menerbitkan idea inovasi masing-masing untuk didaftarkan dengan Yayasan Inovasi Malaysia. Antara fokus utama slot tersebut ialah untuk mengenalpasti masalah yang membawa ke arah penghasilan sesuatu produk inovasi, langkah-langkah penyelesaian, fungsi produk inovasi yang dicadangkan dan nilai komersil produk berkenaan. Produk inovasi yang terbaik akan dicalonkan untuk Pertandingan Akhir YIM Ideation sempena World Innovation Forum pada 12 - 14 November di Kuala Lumpur Convention Center.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan School Club Innovation Toolkit 2013 di SK Sena, khususnya kepada Yayasan Inovasi Malaysia kerana telah memilih SK Sena sebagai salah sebuah sekolah perintis untuk projek tersebut. Maklumat lanjut tentang Yayasan Inovasi Malaysia boleh didapati di www.yim.my.

Liputan dan siaraya program disediakan oleh MEDIASENA.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers