Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Di AUPF 2013

Delegasi pemimpin universiti antarabangsa bersama tetamu kenamaan dalam majlis perasmian Asian University Presidents Forum 2013KAMPUS ALAM UniMAP, Pauh Putra - Tiga orang guru Sekolah Kebangsaan Sena berada di sini kelmarin untuk menghadiri majlis perasmian Asian University Presidents Forum (AUPF) 2013 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Program tersebut yang merupakan acara tahunan antarabangsa merupakan yang pertama kali diadakan di Malaysia, melibatkan tetamu-tetamu kenamaan dari pelbagai negara seperti China, Jepun, Thailand, Korea Selatan, Azerbaijan, Bahrain, Arab Saudi, Indonesia dan banyak lagi. Matlamat utama pelaksanaan AUPF ialah untuk membolehkan pihak pentadbiran institusi-institusi yang terlibat bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman pengurusan universiti masing-masing. Penganjuran tahun ini merupakan pelaksanaan kali ke-12 dengan tema "Leadership in the Transformation of Asia: Opportunities and Challenges" setelah perlembagaan AUPF dimuktamadkan pada tahun 2002.

Majlis perasmian dimulakan dengan sambutan delegasi antarabangsa dan tetamu kehormat sekitar jam 10.45 pagi di Kompleks Dewan Kuliah UniMAP di sini. Seterusnya, para tetamu yang hadir dibawa masuk ke dewan syarahan. Majlis perasmian yang berlangsung mulai jam 11.15 pagi itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin, Naib Canselor UniMAP, sebelum ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II. Seterusnya,YABhg Tun Dr. Mahathir menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Asian University Presidents Forum 2013 pasukan persembahan UniMAP telah memeriahkan lagi majlis dengan gabungan pertunjukan gendang, silat dan tarian. Para penonton juga telah disajikan dengan lagu rasmi AUPF 2013 yang telah digubah khas untuk program tahun ini.

Ucaptama majlis perasmian AUPF telah disempurnakan oleh YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menyebutkan tentang perubahan konotasi pendidikan zaman moden yang melibatkan aspek-aspek seperti Sains, Teknologi, Matematik serta Penyelidikan dan Pembangunan (Research and Development, R&D) berbanding penekanan kepada kemahiran asas menulis dan membaca satu masa dahulu. Beliau juga menekankan kepentingan para pemimpin institusi pendidikan hari ini menggerakkan organisasi masing-masing selaras dengan perubahan zaman agar dapat terus seiring dengan perubahan tersebut. Selain itu, beliau juga menyarankan para pelajar dan pendidik agar menguasai Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu hari ini.

Majlis perasmian AUPF 2013 berakhir dengan penyampaian cenderamata daripada UniMAP kepada YABhg Tun Dr. Mahathir dan sesi fotografi melibatkan semua tetamu kenamaan dan pemimpin universiti yang hadir. Delegasi antarabangsa tersebut kemudian bertolak ke Langkawi untuk program AUPF seterusnya di sana. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada UniMAP, khususnya Sekretariat AUPF 2013 kerana sudi menjemput SK Sena untuk menjadi sebahagian daripada program berkenaan. Maklumat lanjut tentang AUPF 2013 boleh didapati dalam laman web rasmi program.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers