Sekolah Kebangsaan Sena

Hari Inovasi KKLW

Hari Inovasi KKLW 2013 turut menjadi medan perkongsian maklumat tentang inovasi-inovasi yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan WilayahTH HOTEL & CONVENTION CENTER, Alor Setar - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi 2013 melibatkan sekitar 1000 orang pegawai kementerian serta staf agensi-agensi di bawah kementerian tersebut di sini pada 10 Oktober yang lalu. Program tersebut yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha KKLW merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai kreatif, inovasi, semangat kerjasama dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan warga KKLW, seterusnya menyemarakkan lagi semangat dan usaha warga kementerian ke arah peningkatan kualiti, produktiviti dan inovasi secara kolektif dan bersepadu. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program pada hari tersebut ialah Ucaptama program oleh Dato' Ibrahim, Penyampaian Anugerah Kualiti dan Inovasi KKLW 2013 serta Pameran Inovasi oleh agensi-agensi yang bernaung di bawah KKLW. Sekolah Kebangsaan Sena hadir dalam majlis tersebut berdasarkan jemputan untuk menyampaikan ceramah inovasi berkaitan penggunaan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (Free and Open Source Software, FOSS) secara menyeluruh dalam pelaksanaan aktiviti MEDIASENA.

Pihak sekolah telah diwakili oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim, Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), En. Saifur Ridzwan bin Mustafa dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST selaku penceramah, En. Ahmad Ferdaus bin Abd Razak. Pembentangan SK Sena yang bertajuk MEDIASENA: Sumber Terbuka Dalam Pendidikan merupakan slot pertama pada hari tersebut, dan memaparkan bagaimana pihak sekolahEn. Ahmad Ferdaus membentangkan pelaksanaan inovasi MEDIASENA yang telah berjaya memenangi Anugerah MyGOSS dan menjadi finalis Anugerah Inovasi Sektor Awam dalam Hari Inovasi KKLW 2013 memperluaskan penggunaan ICT dan Perisian Sumber Terbuka dalam kalangan murid melalui program MEDIASENA untuk membina modal insan yang berketerampilan, mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan inovatif. Turut dibentangkan ialah pencapaian yang telah diraih oleh sekolah melalui program-program ICT dan impak pelaksanaan semua program tersebut kepada seluruh warga sekolah.

Ketika mengulas mengenai penyertaan SK Sena dalam program tersebut kepada wartawan MEDIASENA, En. Roslan menyatakan bahawa pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan kerjasama, sokongan dan pengiktirafan daripada semua pihak terhadap program-program ICT yang dijalankan di SK Sena. Ini kerana semua aspek tersebut menjadi sebahagian daripada kayu ukur terhadap keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah, serta membantu dalam memberikan maklumbalas berdasarkan perspektif luar. Selain itu, penglibatan SK Sena dalam program-program seperti Hari Inovasi KKLW turut dapat menjadi sarana promosi dan publisiti kaedah pendidikan baru yang diaplikasikan di sekolah pada masa ini.

Pihak sekolah amat berbesar hati dengan sambutan yang telah ditunjukkan oleh para hadirin terhadap pembentangan yang disampaikan, dan berharap agar jemputan tersebut menjadi titik-tolak kepada pelaksanaan program-program kerjasama strategik yang lebih aktif pada masa hadapan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih disampaikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana sudi menjemput SK Sena menjadi sebahagian daripada Hari Inovasi KKLW 2013.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers