Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam Ujibakat "Mini Parlimen"

Peserta-peserta ujibakat Mini Parlimen membentangkan hujah masing-masing dalam sesi penilaian di studio RTM Perlis.RTM PERLIS, Kangar - Seramai 19 orang kru penerbitan MEDIASENA berada di sini hari ini untuk mengikuti ujibakat rancangan Mini Parlimen yang bakal diterbitkan oleh stesen televisyen tersebut kelak. Ujibakat tersebut yang berjalan di seluruh negara bertujuan untuk memilih kanak-kanak yang berbakat, mempunyai kepintaran berhujah dan keyakinan diri yang tinggi untuk menyertai rancangan berkenaan, dan dikendalikan oleh kru penerbitan dari Angkasapuri, Kuala Lumpur. Rakaman sebenar melibatkan murid-murid yang terpilih akan bermula pada bulan Disember 2013 untuk memenuhi slot siaran sebanyak 13 episod.

Peserta-peserta SK Sena yang terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga 6 hadir seawal jam 9.00 pagi di RTM Perlis untuk mendaftarkan diri dan mendapatkan nombor giliran ujibakat masing-masing. Selesai pendaftaran, para peserta dan guru pengiring yang hadir diberi taklimat tentang kaedah pelaksanaan sesi ujibakat tersebut.Guru-guru dan ibu bapa yang hadir turut membantu para peserta menyediakan diri untuk mengikuti sesi ujibakat yang dijalankan. Seterusnya, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi masa untuk berbincang dengan setiap ahli kumpulan, guru-guru pengiring serta ibu bapa untuk menyediakan teknik penyampaian dan bahan masing-masing berdasarkan tajuk yang diberi. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang peserta dengan peranan-peranan yang berbeza iaitu sebagai pengerusi, kerajaan dan pembangkang.

Sebanyak dua saringan telah dijalankan di mana setiap peserta perlu mempertahankan hujah dan pendirian masing-masing, serta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh panel penilai. Pemilihan murid yang akan mengikuti sesi rakaman sebenar di Kuala Lumpur dibuat berdasarkan kepetahan dan personaliti setiap individu. Selain SK Sena, antara sekolah lain yang turut mengambil bahagian ialah SRK Seri Indera, SRK Putera, dan SRK Stella Maris.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Radio Televisyen Malaysia kerana sudi melibatkan SK Sena dalam ujibakat yang telah dijalankan, dan mengharapkan agar program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers