Sekolah Kebangsaan Sena

Anugerah Kokurikulum Kebangsaan

Syed Ahmad Muaz dan Nur Aniyah menunjukkan piala yang dimenangi bagi kategori Murid dan Kelab / Persatuan CemerlangDEWAN 2020, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena memenangi dua kategori Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia di sini pada 7 November 2013 yang lalu. Majlis anugerah tersebut yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Objektif utama majlis berkenaan ialah untuk memberi pengiktirafan kepada murid, guru dan institusi pendidikan yang menunjukkan kecemerlangan dari segi pencapaian, penglibatan dan pengurusan dalam bidang kokurikulum.

Dua anugerah yang telah dimenangi oleh SK Sena ialah Johan Kategori Kelab dan Persatuan Cemerlang Sekolah Rendah melalui MEDIASENA dan Johan Kategori Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah - Lelaki melalui Syed Ahmad Muaz bin Syed Zainal Abidin Khilmi dari Tahun 6 Cenderawasih yang juga merupakan CEO MEDIASENA bagi tahun 2013. Selain beliau, MEDIASENA turut diwakili oleh Nur Aniyah binti Syarizan dari Tahun 5 Elit. Kedua-dua pemenang tersebut telah menunjukkan kecemerlangan sehingga ke peringkat antarabangsa secara berterusan dalam aktiviti-aktiviti yang berfokuskan kreativiti, pembangunan insan dan kepintaran. Kemenangan kali ini merupakan pencapaian kali pertama pihak sekolah pada tahap tersebut.

Ketika mengulas mengenai anugerah-anugerah yang dimenangi, Syed Ahmad Muaz menyebutkan bahawa kejayaan-kejayaan berkenaan merupakan kejayaan yang dikongsi bersama dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Ini kerana kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah dilakukan secara bersama dalam kumpulan dan melibatkan usaha yang ikhlas dan berterusan daripada semua pihak yang terlibat.

Pada masa yang sama, SK Sena turut menjadi sebahagian daripada peserta-peserta sekolah yang mengadakan pameran inovasi dan kecemerlangan sekolah dalam majlis yang diadakan. Antara sekolah lain yang turut terlibat dalam pameran ialah SMS Tuanku Syed Putra, SMK Derma, SMK Dato' Sheikh Ahmad dan SK Paya. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Perlis, khususnya Unit Kokurikulum atas kesudian melibatkan SK Sena dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2013.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers