Sekolah Kebangsaan Sena

PECIPTA 2013

Pasukan Kelab Jurutera Tunas Muda SK Sena menunjukkan pingat dan sijil yang dimenangi dalam PECIPTA 2013KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER - Inovator muda Kelab Jurutera Tunas Muda, EYReC-MINDS Young Researchers Club, Chapter SK Sena sekali lagi meraih kejayaan cemerlang apabila memenangi Pingat Perak dan Anugerah Khas daripada Association of Young Innovator and Scientist (AYISI), Indonesia dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2013 di sini pada 9 November 2013 yang lalu. Program tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berlangsung sejak 6 November, dan menerima sokongan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Selain itu, terdapat juga penyertaan antarabangsa, antaranya dari Qatar, Mesir dan Thailand.

SK Sena yang diwakili oleh Muhammad Danish bin Saidar, Syed Ahmad Muaz bin Syed Zainal Abidin Khilmi, Muhammad Rafiq bin Mohd Redzuan dan Muhammad Ehsan bin Zubaidi mengambil bahagian dalam kategori Young Inventors yang turut disertai oleh sekolah-sekolah menengah seluruh negara dan pelajar-pelajar universiti yangMuhammad Rafiq dan Muhammad Ehsan menerangkan tentang produk BreadFriend kepada para pelawat yang mengunjungi booth pameran SK Sena bernaung di bawah EYReC-MINDS Young Researchers Club. SK Sena merupakan satu-satunya pasukan sekolah rendah yang hadir untuk menyertai pertandingan berkenaan.

Produk SK Sena, BreadFriend turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung. Antara pihak yang memberikan komen dan pandangan yang amat positif ialah Cradle Fund Sdn Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang berfungsi untuk menyalurkan dana bagi membantu membangunkan projek-projek keusahawanan di negara ini. Ulasan mereka tentang projek BreadFriend boleh didapati di laman Facebook agensi berkenaan, https://www.facebook.com/cradlefundsb. Pada masa yang sama, pameran SK Sena turut mendapat liputan pihak akhbar, termasuk daripada Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada anggota-anggota pasukan Kelab Jurutera Tunas Muda yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa, serta mengharapkan agar kejayaan tersebut menjadi batu loncatan ke arah mencapai kecemerlangan yang lebih hebat pada masa akan datang. Sekalung penghargaan disampaikan kepada pihak UniMAP dan UUM atas kerjasama, sokongan dan bantuan bagi menjayakan penyertaan SK Sena dalam PECIPTA 2013.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers