Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Sektor ICT JPN Kedah

Kru MEDIASENA menunjukkan cara-cara untuk membina model 3D menggunakan perisian Blender kepada salah seorang tetamu yang hadirSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini menerima lawatan daripada Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah melibatkan seramai 25 orang pegawai JPN Kedah, PPD Kota Setar dan wakil-wakil sekolah. Rombongan tersebut yang tiba di SK Sena pada jam 11.30 pagi diketuai oleh En. Abd Halim bin Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, JPN Kedah. Beliau juga merupakan salah seorang panel penilai Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) yang hadir di SK Sena dalam sesi penilaian melibatkan Guru Besar, En. Roslan bin Yatim pada bulan Mac yang lalu. Turut hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, Jabatan Pendidikan Perlis, En. Mohd. Kadri bin Ibrahim.

Ketibaan rombongan JPN Kedah itu disambut oleh para pentadbir sekolah dan kru MEDIASENA yang bertugas sebelum dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk satu sesi taklimat ringkas dan soal-jawab tentang aktiviti-aktiviti kecemerlangan ICT yang dilaksanakan di SK Sena. Pembentangan kali ini berfokus kepada penggunaan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (Free and Open Source Software, FOSS) secara menyeluruh dalam program-program latihan dan penerbitan bahan multimedia, sertaEn. Abd Halim menyampaikan cenderamata daripada JPN Kedah kepada En. Roslan pembentukan modal insan yang kreatif dan berdayasaing dalam MEDIASENA.

Sejurus selepas itu, para ahli rombongan telah sudi melawat ke sekitar kawasan SK Sena, khususnya ke bilik-bilik khas yang menjadi infrastruktur utama ICT sekolah. Lawatan tapak berkenaan bermula di OSSLab, di mana kru yang bertugas menunjukkan demonstrasi penggunaan perisian-perisian Blender 3D, Scratch dan Tux Paint. Seterusnya, para hadirin dibawa ke Studio CyKidzCRAZE untuk satu sesi temubual bersama wartawan MEDIASENA. Lawatan tersebut kemudian bergerak ke makmal Kemahiran Hidup untuk jamuan makan tengahari yang telah disumbangkan oleh Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, Jabatan Pendidikan Perlis. Slot terakhir dalam program lawatan berkenaan ialah sesi simulasi latihan pembangunan model 3D menggunakan perisian Blender di Makmal Komputer SK Sena.

Pihak sekolah menyampaikan penghargaan kepada Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta para pegawai yang hadir atas kesudian mengunjungi SK Sena. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, Jabatan Pendidikan Perlis atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut. Liputan program disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video temubual dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers