Sekolah Kebangsaan Sena

MEDIASENA Di BTP, RTM

Kru MEDIASENA cuba menggunakan peralatan kamera penyiaran yang terdapat di BTP semasa Bengkel Profesionalisme MEDIASENA 2013KUALA LUMPUR - Sekolah Kebangsaan Sena melalui bidang kebitaraan ICT, S.E.N.A CyQUEST dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme MEDIASENA pada 18 hingga 20 November 2013 melibatkan seramai 26 orang anggota pasukan tersebut bersama 6 orang guru pengiring dan 5 orang pegawai BTPN Perlis. Bengkel tersebut yang merupakan sebahagian daripada Program Anak Angkat Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan bekerja dalam kalangan kru MEDIASENA sebagai badan penerbitan multimedia SK Sena.

Bengkel Profesionalisme MEDIASENA 2013 bermula di BTP, Bukit Kiara di mana para peserta bengkel telah disambut oleh para pegawai BTP seawal jam 8.30 pagi danPeserta bengkel mendengar penerangan tentang proses penerbitan dan suntingan di bilik kawalan studio BTP diberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan. Seterusnya, para peserta dibawa ke studio penerbitan televisyen untuk melihat kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam studio tersebut dan kaedah penerbitan yang dijalankan di sana. Murid-murid yang terlibat turut berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan-peralatan seperti kamera profesional, kamera penyiaran, teleprompter dan set berita yang ada di studio berkenaan. Selesai sesi di studio televisyen, bengkel pada hari tersebut diteruskan pula dengan sesi taklimat tentang aspek-aspek teknikal penerbitan dan kawalan rakaman di bilik kawalan studio yang berfungsi untuk mengawal pencahayaan, adunan video, skrip dan banyak lagi, sebelum bergerak pula ke studio muzik untuk meninjau cara-cara menghasilkan lagu secara rakaman track-by-track. Hari pertama bengkel di BTP berakhir dengan lawatan ke Van Penyiaran Luar (Outside Broadcast Vehicle), iaitu kenderaan yang dilengkapi dengan peralatan rakaman dan suntingan untuk tujuan siaran langsung dari luar studio. Para peserta rombongan telah diberi kebenaran khas untuk masuk dan melihat sendiri kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kenderaan tersebut.

Hari kedua program menyaksikan para peserta bengkel berada di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan dan proses penerbitan di stesen tersebut. Tinjauan MEDIASENA bermula di Wisma TV dengan sesi awal di Studio 1 yang dipasang dengan set rancangan "Dialog". Para peserta kemudiannya dibawa pula ke Studio 2 di mana siaran langsung rancangan "Selamat Pagi 1Malaysia (SP1M)" sedang dijalankan. Kru MEDIASENA yang hadir dapat melihat sendiri bagaimana penerbit dan pengadun video mengawal penerbitan rancangan berkenaan di bilik Pihak SK Sena, BTPN Perlis dan RTM bertukar-tukar cenderamata semasa sesi bengkel di stesen penyiaran tersebutkawalan Studio 2, dan merasai pengalaman berada di set penerbitan rancangan tersebut. Tinjauan di Wisma TV diteruskan ke Studio 3, iaitu studio penerbitan berita yang memaparkan kemudahan chroma-key atau lebih dikenali sebagai green-screen dan bilik persolekan RTM. Kemudian, rombongan SK Sena dibawa ke Wisma Radio yang menempatkan Auditorium Perdana, Auditorium P. Ramlee, serta konti-konti radio di bawah seliaan RTM seperti Klasik Nasional, Asyik FM, Ai FM dan banyak lagi. Majlis penutup untuk hari kedua bengkel telah diadakan di Muzium Penyiaran RTM.

SK Sena menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan Radio Televisyen Malaysia atas kerjasama, sokongan dan bimbingan yang diberikan dalam menjayakan Program Anak Angkat BTP dan Bengkel Profesionalisme MEDIASENA 2013. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Nantikan video program dan temubual dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers