Sekolah Kebangsaan Sena

PROPER Cuti Sekolah

Peserta-peserta PROPER: Schoolbreak mengikuti pertandingan Robotic Siege Machine sempena bengkel robotik yang dilaksanakan pada minggu keempat.SK SENA, Kangar - MEDIASENA, badan penerbitan murid Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan beberapa sesi kelas khas sempena cuti persekolahan hujung tahun 2013 baru-baru ini. Program PROPER: Schoolbreak bermula pada 26 November dan berakhir pada 26 Disember yang lalu melibatkan sekitar 20 orang petugas semasa, serta alumni MEDIASENA yang sedang menuntut di sekolah menengah. Kelas-kelas diadakan secara terbuka untuk semua yang dapat hadir, dan pelbagai pengisian telah dilaksanakan untuk meyampaikan pengetahuan dan kemahiran tambahan dalam bidang ICT dan Multimedia kepara para peserta yang terlibat.

Minggu pertama PROPER: Schoolbreak memaparkan bengkel pengaturcaraan komputer menggunakan BASH Scripting di mana para peserta diperkenalkan kepada arahan-arahan asas dalam GNU/Linux, serta kaedah untuk menggunakan arahan-arahan tersebut dalam skrip komputer. Pada akhir program, para peserta dibahagikan kepada beberapa pasukan yang bertanding dalam sesi Medan Tempur Siber di Makmal Komputer SK Sena. Program minggu kedua pula menyaksikan pelajar-pelajar yangPelaksanaan aktiviti Hour of Code pada 11 Disember 2013 sempena Computer Science Education Week yang berjalan pada 9 - 15 Disember melibatkan 20 juta pelajar dari seluruh dunia. hadir mempelajari teknik lukisan elektronik dan manipulasi grafik untuk penghasilan bahan percetakan menggunakan perisian-perisian Sumber Terbuka Inkscape dan GIMP.

Pada minggu seterusnya, beberapa aktiviti yang lebih istimewa telah dapat dilaksanakan hasil sumbangan kepakaran pihak-pihak luar. Murid-murid yang terlibat telah diperkenalkan kepada komputer bersaiz kad kredit, Raspberry Pi dan Beaglebone oleh pasukan Masdar Technologies, Selangor. Selain itu, mereka juga turut menyertai Hour of Code, iaitu program promosi pengaturcaraan untuk murid-murid sekolah seluruh dunia sempena Computer Science Education Week yang diraikan di Amerika Syarikat. Sebanyak 20 juta peserta dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam kelas-kelas yang menampilkan beberapa bahasa pengaturcaraan seperti  Javascript, Python, Tynker dan banyak lagi. Minggu ketiga program diakhiri dengan bengkel fotografi yang berfokuskan kepada gubahan imej (image composition) melalui teknik-teknik seperti Rule-of-Thirds, Looking Room, Headroom dan Shot Types.

Kelas PROPER: Schoolbreak diteruskan dengan bengkel robotik menggunakan perkakasan Arduino dan bahan-bahan terpakai. Sesi berkenaan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang dijemput khas dari Kuala Lumpur melatih para peserta tentang konsep asas elektronik dan pengaturcaraan robot, serta pembangunan robot untuk tujuan pertandingan. Pada minggu terakhir pula, semua murid yang hadir telah mengikuti latihan lanjutan pengaturcaraan komputer menggunakan BASH Script, kali ini dengan fokus kepada pengulangan (loop) while dan for, penggunaan penyataan syarat (conditional statement) if dan case, serta operasi matematik menggunakan BASH dan pakej bc dalam GNU/Linux.

Bersempena dengan kelas-kelas yang dijalankan juga, sekumpulan murid bersama penceramah jemputan turut berkesempatan melawat Pusat Kecemerlangan Technology Sensor Lanjutan, atau CEASTech Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berdasarkan jemputan daripada salah seorang pensyarah di pusat kecemerlangan tersebut, Dr. Mohd Najmuddin bin Mohd Hassan yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Unimap Holdings Sdn. Bhd.

Pihak sekolah dan MEDIASENA mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan ke arah menjayakan program PROPER: Schoolbreak sepanjang sesi cuti persekolahan hujung tahun 2013. Syabas dan tahniah juga disampaikan kepada semua murid dan alumni SK Sena yang menyertai kelas-kelas yang telah diadakan. Maklumat lanjut tentang kelas-kelas yang dijalankan dalam PROPER: Schoolbreak boleh dilayari dalam Jadual Rasmi PROPER: Schoolbreak 2013.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers