Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam Mini Parlimen 2014

 Sesi rakaman Mini Parlimen 2014 di Studio Pentas Bunyi FINAS, Petaling Jaya.KUALA LUMPUR - Dua orang murid Sekolah Kebangsaan Sena, Muhammad Rafiq bin Mohd Redzuan dan Muhammad Darwish bin Saidar terpilih menyertai rancangan Mini Parlimen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan disiarkan pada musim 2014, berdasarkan ujibakat yang telah dijalankan di RTM Perlis pada 19 Oktober 2013 yang lalu. Seramai 40 orang pelakon kanak-kanak yang terdiri daripada murid-murid sekolah seluruh negara terlibat dalam rakaman program tersebut yang berlangsung pada 23 - 31 Disember 2013 di Studio Pentas Bunyi FINAS, Petaling Jaya.

Mini Parlimen 2014 mengandungi 13 episod rancangan yang dijangka akan ditayangkan mulai Februari tahun ini. Rakaman peringkat pertama tersebut ialah untuk 6 episodPeserta-peserta SK Sena, Muhammad Rafiq dan Muhammad Darwish semasa sesi lawatan ke Bangunan Parlimen. terawal, sementara penerbitan episod-episod seterusnya dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Februari atau Mac kelak. Antara selebriti yang turut terlibat dalam rancangan berkenaan ialah pelakon kanak-kanak, Nor Heidzriq Haikal yang lebih dikenali dalam kalangan peminatnya sebagai Raikal. Menurut Ketua Bitara ICT SK Sena (S.E.N.A CyQUEST) merangkap guru pengiring murid SK Sena, Cik Azizah binti Hamzah, rancangan yang memaparkan gelagat dan kepetahan kanak-kanak sebagai ahli Parlimen itu bukan sahaja dapat melatih para peserta untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi, malah turut memperkenalkan suasana dan kaedah perbahasan Parlimen Malaysia kepada golongan muda.

Selain SK Sena, sekolah-sekolah lain dari Perlis yang turut terpilih untuk terlibat dalam sesi rakaman Mini Parlimen 2014 ialah SRK Seri Indera, SRK Stella Maris dan SK Paya. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak RTM dan penerbit rancangan, Pn. Safaliza binti Md Yatim atas pemilihan murid-murid SK Sena sebagai sebahagian daripada program berkenaan dan mengharapkan agar program tersebut dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.

 

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers