Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Ke Angkasa Lepas

Sijil yang diberikan kepada setiap peserta yang mendaftarkan nama untuk misi OSIRIS-REx ke asteroid Bennu.SK SENA, Kangar - Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Sena kelmarin menghantar nama masing-masing untuk menyertai misi pesawat angkasa lepas OSIRIS-REx ke asteroid Bennu yang akan dilancarkan pada September 2016. Pesawat tersebut yang dijangka akan bertemu dengan asteroid berkenaan pada tahun 2018 merupakan hasil usahasama antara National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan University of Arizona, Tucson, kedua-duanya merupakan organisasi Amerika Syarikat (USA). OSIRIS-REx akan menjalankan operasi persampelan bahan-bahan yang terkandung di dalam asteroid Bennu, dan menghantar kapsul yang mengandungi sampel yang telah digali pulang ke Bumi pada tahun 2023.

Penyertaan nama murid-murid SK Sena dilaksanakan dalam sesi PROPER MEDIASENA melalui laman web yang telah disediakan oleh The Planetary Society untuk tujuan tersebut. OSIRIS-REx akan membawa dua salinan nama-nama yang didaftarkan dari seluruh dunia di mana satu salinan akan kembali ke Bumi bersama kapsul sampelSijil yang diterbitkan untuk salah seorang murid Tahun 6 SK Sena yang mendaftarkan nama untuk misi OSIRIS-REx, Nurrin Shafiya binti Shaharin. asteroid Bennu, dan satu salinan lagi akan kekal bersama pesawat berkenaan yang akan terus berada di angkasa lepas. Program itu dijalankan untuk meningkatkan minat dan penyertaan orang awam di seluruh dunia dalam misi tersebut. Nama asteroid Bennu sendiri dipilih berdasarkan pertandingan "Name That Asteroid!" yang dijalankan oleh organisasi-organisasi yang telah disebutkan. Pemenang pertandingan tersebut ialah Michael Puzio, seorang murid sekolah berusia 9 tahun dari North Carolina, USA. Seramai lebih 8000 peserta dari berpuluh-puluh negara mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

Mengulas mengenai penyertaan nama murid-murid SK Sena dalam misi OSIRIS-REx, Guru Besar, En. Roslan bin Yatim ketika ditemubual oleh MEDIASENA menyebutkan bahawa program sedemikian bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran murid-murid yang terlibat tentang aktiviti-aktiviti saintifik yang berjalan di seluruh dunia, malah dapat mencetuskan sifat ingin tahu dan minat ke arah penyelidikan yang tinggi dalam kalangan murid, seiring dengan inisiatif negara untuk melahirkan lebih ramai inovator, jurutera dan saintis berkemahiran tinggi.

Asteroid Bennu telah ditemui melalui projek LINEAR (Lincoln Near-Earth Asteroid Research) pada 11 September 1999, iaitu sebuah projek kerjasama antara Tentera Udara Amerika Syarikat, NASA dan Lincoln Laboratory di Massachusettes Institute of Technology (MIT). Dengan kelajuan orbit sekitar 27.8 km/s, asteroid yang mempunyai diameter purata sebesar 493 meter itu merupakan salah satu asteroid yang mempunyai orbit yang hampir dengan Bumi, serta tempoh orbit selama 436.6 hari atau 1.2 tahun.

Maklumat lanjut tentang misi OSIRIS-REx ke Bennu dan laman pendaftaran nama boleh didapati di http://www.planetary.org/get-involved/messages/bennu/. SK Sena mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat dan mengharapkan agar penyertaan tersebut menjadi salah satu daripada batu loncatan untuk penerokaan yang lebih meluas pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers