Sekolah Kebangsaan Sena

Sena Science Fair 2014

Salah satu pasukan membentangkan produk mereka, Umbrella Fan dan Useful Bear kepada para juri dari UniMAP dalam Sena Science Fair 2014.SK SENA, Kangar - Kelab Jurutera Tunas Muda, EYReC-MINDS Young Researchers Club, Chapter SK Sena telah menganjurkan pertandingan inovasi dan rekacipta, Sena Science Fair 2014 bertempat di Kantin SK Sena pada 25 Januari 2014 yang lalu melibatkan sebanyak 14 pasukan murid Tahun 2 hingga 6 dan 22 produk inovasi daripada pelbagai kategori, antaranya peralatan makanan, pertanian, permainan dan produk kitar-semula. Program tersebut yang merupakan acara tahunan sekolah diadakan buat kali kedua pada tahun ini, dan merupakan salah satu daripada pelbagai program kerjasama strategik antara SK Sena dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Tahun lalu, acara sulung Sena Science Fair berjaya menarik penyertaan 11 pasukan dan 18 produk.

Program dimulakan dengan pendaftaran pasukan dan produk seawal jam 8.00 pagi. Setiap pasukan yang mendaftar menerima nombor booth pameran masing-masing untuk persiapan sebelum pertandingan dimulakan. Satu sesi taklimat ringkas kepada para peserta dan ibu bapa tepat jam 8.45 pagi untuk menerangkan tentang kaedahMuhammad Rafiq bin Mohd Redzuan dari Tahun 6 Gemilang membentangkan produk pasukkannya, Poke 'n Pour kepada En. Hassan dan Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim. pertandingan dan objektif utama Sena Science Fair, iaitu untuk mencetuskan minat ke arah pemikiran kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid.

Seterusnya, pertandingan dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan seramai 7 orang juri dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGeTech), UniMAP yang diketuai oleh En. Faizul bin Che Pa melawat ke setiap booth pameran untuk mendengar penerangan tentang produk-produk yang dipamerkan dan mengikuti sesi soal-jawab bersama para peserta. Pada masa yang sama, majlis turut diserikan dengan kehadiran En. Hassan bin Ebau Noi @ Abdul Rahman, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Perlis sebagai tetamu kehormat. Selain itu, Sena Science Fair 2014 turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pusat Kerjasama Industri (CIC) UniMAP, Pusat Pembangunan Usahawan, Pengkomersilan & Pengurusan Harta Intelek (E-CIP) UniMAP dan pasukan penggerak inovasi 1CATs (diwakili oleh EIM Creative Sdn. Bhd.), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sesi penjurian berakhir sekitar jam 11.30 pagi dan para juri bersidang untuk menentukan pingat-pingat yang dimenangi oleh setiap produk yang dipertandingkan. Keputusan akhir menyaksikan sebanyak 10 produk menerima Pingat Emas, 4 produk menerima Pingat Perak dan 8 lagi produk menerima Pingat Gangsa. Pada masa yang sama, dua orang murid, iaitu Muhammad Qhalif Azariq bin Sahzan (Tahun 4 Omega) dan Nur Hana Alisha binti Khairel Rafezi (Tahun 3 Musytari) telah dipilih sebagai Pembentang Terbaik Lelaki dan Perempuan. Majlis penutup yang bermula sekitar jam 12.00 tengahari dimulakan dengan persembahan istimewa oleh pasukan pemenang Sena Science Fair 2013 dengan produk mereka, BreadFriend sebelum sesi ulasan oleh Ketua Juri tentang proses penjurian dan kaedah penilaian yang digunakan. Majlis penutup kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh En. Hassan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadiah-hadiah telah disumbangkan oleh EYReC-MINDS Young Researchers Club, Chapter SK Sena dan UniMAP.

Pihak sekolah menyampaikan penghargaan kepada UniMAP atas kerjasama, bimbingan dan kepakaran yang telah dicurahkan ke arah menjayakan Sena Science Fair 2014, dan membentuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam diri para peserta, serta kepada pihak CIC, E-CIP dan 1CATs yang hadir untuk tujuan pendaftaran dan usaha pengkomersilan produk-produk murid yang dipertandingkan. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada pihak JPN Perlis, para guru, ibu bapa dan peserta yang terlibat menjayakan program pada hari tersebut. Keputusan penuh pertandingan boleh dilayari di laman rasmi Sena Science Fair 2014.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers