Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam Buku EG

Buku EG 2013 terbitan MAMPUSK SENA, Kangar - Projek MEDIASENA bertajuk "TV Sena: Studio Multimedia Dalam Pendidikan" yang merupakan salah satu finalis Anugerah Inovasi ICT sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam 2013 dipaparkan dalam Buku EG (Electronic Goverment) terbitan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri edisi tahun yang sama. Buku tersebut yang merupakan penerbitan tahunan MAMPU memaparkan pelbagai inisiatif ICT yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan. TV Sena merupakan satu-satunya projek sekolah yang tersenarai dalam penerbitan tersebut.

Selain TV Sena, antara inisiatif yang ditonjolkan dalam Buku EG edisi 2013 ialah 1Malaysia One Call Center (1MOCC), Sistem Maklumat RELA (iRELA) di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN), Sistem Informasi Rangkaian Perikanan (SIRIP) di bawah NKEA, CCI EPP8 yang akan dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, projek Metro-E yang berfungsi sebagai infrastruktur tulang belakang kepada perkhidmatan Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN) dan banyak lagi.

Ketika ditemubual oleh wartawan MEDIASENA, Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim menyebutkan bahawa pemilihan projek TV Sena untuk dipaparkan dalam Buku EG 2013 merupakan satu penghargaan yang tinggi, dan pastinya dapat meningkatkan semangat warga sekolah untuk terus melaksanakan program-program kecemerlangan dalam bidang ICT serta pelbagai bidang persekolahan yang lain. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa pihak sekolah sentiasa berterima kasih kepada semua organisasi dan individu yang telah memberikan sokongan dan kerjasama secara berterusan untuk menjayakan inisiatif-inisiatif ICT SK Sena selama ini, antaranya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kerajaan Negeri Perlis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pejabat Wilayah Utara) dan MAMPU sendiri.

Penglibatan SK Sena dalam inisiatif ICT kerajaan Malaysia, khususnya dalam menggiatkan penggunaan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (FOSS) juga pernah dimuatkan dalam Buku EG edisi 2011 yang memaparkan penyertaan guru dan murid SK Sena dalam Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers