Sekolah Kebangsaan Sena

Bengkel Penerbitan TV Sena

Peserta-peserta bengkel menggunakan perisian Kdenlive untuk menyunting video.KAMPUS ALAM UniMAP, Pauh Putra - Bidang kebitaraan ICT SK Sena, S.E.N.A CyQUEST melalui komponen teknologi MEDIASENA telah mengadakan bengkel Latihan Intensif Penerbitan TV Sena 2014 melibatkan kru MEDIASENA 2014 di Makmal Kejuruteraan Rangkaian, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini pada 15 dan 16 Februari yang lalu. Bengkel tersebut yang bertujuan untuk menyampaikan kemahiran produksi televisyen kepada generasi kru baru MEDIASENA menumpukan kepada beberapa aspek tugasan multimedia di peringkat pra-penerbitan (pre-production), penerbitan (production) dan pasca-penerbitan (post-production).

Bengkel hari pertama dimulakan dengan pendaftaran peserta seawal jam 8.00 pagi di makmal latihan. Seterusnya, latihan dimulakan dengan taklimat program dan teknik pemikiran secara visual yang menekankan kepentingan imaginasi yang aktif dalam kalangan kru penerbitan video. Para peserta diminta menghasilkan sinopsis cerita masing-masing berdasarkan tema yang diberi. Sesi hari pertama kemudiannya diteruskan dengan format penulisan skrip dan penggunaan Perisian SumberTayangan video turut diadakan untuk mencetuskan idea tentang penerbitan kreatif kepada para peserta. Terbuka dan Bebas (FOSS) Celtx untuk menghasilkan skrip secara digital. Para peserta turut diberi latihan asas untuk membangunkan storyboard cerita daripada skrip yang berkenaan.

Latihan pada hari kedua pula menyaksikan para peserta mempelajari beberapa teknik asas fotografi dan videografi seperti shot typeshead room dan rule-of-thirds. Semua peserta yang terlibat diberikan penerangan tentang kaedah untuk menggunakan teknik-teknik tersebut sebelum mengikuti sesi amali di sekitar kawasan Kampus Alam UniMAP. Pada sebelah petangnya, satu sesi latihan ringkas suntingan video menggunakan Kdenlive dijalankan untuk memperkenalkan peralatan dan fungsi-fungsi perisian berkenaan kepada para peserta. Bengkel dua hari itu berakhir dengan perbincangan tentang potensi-potensi tugasan dan pertandingan yang ada untuk setiap peserta yang berjaya mengikuti latihan-latihan yang telah disampaikan.

Pihak sekolah menyampaikan penghargaan kepada pihak UniMAP atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan latihan tersebut. Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada para guru dan ibu bapa yang telah membantu menjayakan bengkel Latihan Intensif Penerbitan TV Sena 2014.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers