Sekolah Kebangsaan Sena

Mesyuarat Pelaksanaan ICOM 2014

Wakil agensi-agensi yang terlibat bergambar kenang-kenangan bersama Dr. Kamarudin di pejabat beliau selepas mesyuarat pelaksanaan ICOM 2014.KAMPUS ALAM UniMAP, Pauh Putra - Mesyuarat pelaksanaan International Competition in FOSS Multimedia (ICOM) 2014 telah diadakan di Pejabat Naib Canselor UniMAP, Bangunan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini pada 12 Februari yang lalu. Mesyuarat tersebut yang telah dipengerusikan sendiri oleh Naib Canselor UniMAP, YBhg Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan UniMAP, Prof. Dr. R. Badlishah bin Ahmad serta wakil-wakil daripada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. SK Sena telah diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Penyelaras Bidang Kebitaraan ICT, Pn. Noridah binti Hamdan dan sebilangan ahli jawatankuasa S.E.N.A CyQUEST.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Kamarudin sebelum satu penerangan ringkas tentang konsep pertandingan ICOM 2014 disampaikanDr. Kamarudin menunjukkan sebahagian daripada pengiktirafan antarabangsa yang diterima kepada ahli-ahli mesyuarat dalam sesi lawatan ke sekitar bangunan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra. oleh Dr. R. Badlishah dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST, En. Ahmad Ferdaus bin Abd Razak. Majlis kemudian diteruskan dengan perbincangan tentang sasaran penyertaan, keperluan perbelanjaan dan tema serta syarat pertandingan yang akan dijalankan. Ketika mengulas mengenai cadangan pelaksanaan ICOM, Dr. Kamarudin menyatakan sokongan beliau kepada pelaksanaan program tersebut, dan mengharapkan agar pertandingan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar serta dapat melibatkan peserta-peserta daripada lebih banyak negara. Menurut beliau, UniMAP sendiri dapat mempromosikan ICOM 2014 kepada jaringan universiti antarabangsa yang disertai oleh universiti tersebut seperti Asian University Presidents Forum (AUPF), Global U8 Consortium (GU8), Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan International Malaysia-Ireland Joint Symposium (IMiEJS). Beliat turut menyatakan harapan agar ICOM dapat dijadikan program tahunan yang dapat memberi impak besar kepada negeri Perlis.

ICOM merupakan pertandingan penghasilan video pendek menggunakan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (FOSS) sepenuhnya melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan universiti seluruh dunia. Proses muatnaik bahan pertandingan dan pendaftaran pasukan peserta dilaksanakan secara maya sepenuhnya melalui laman web pertandingan yang akan dilancarkan kelak. Pelaksanaan 2014 merupakan pertandingan sulung, dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. SK Sena menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu kepada pelaksanaan ICOM 2014 dan mengharapkan agar pertandingan tersebut dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers