Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam Karnival Kerjaya

Sebahagian daripada tetamu yang mengunjungi booth pameran SK Sena bertanyakan soalan tentang produk-produk inovasi yang dihasilkan.ALOR TAMPANG, Beseri - 9 orang murid dan 3 orang guru Sekolah Kebangsaan Sena bersama 5 produk Sena Science Fair telah mengadakan pameran inovasi sempena Karnival Kerjaya yang diadakan di perkarangan Dewan KEMAS, di sini pada 2 Mac 2014. Karnival tersebut yang merupakan anjuran UMNO Bahagian Padang Besar dengan kerjasama pergerakan Puteri UMNO bahagian tersebut dan EIM Creative Sdn. Bhd. selaku wakil penggerak inovasi 1CATs bertujuan untuk mempamerkan prospek-prospek pengajian dan pekerjaan kepada pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Selain itu, karnival tersebut juga mempunyai matlamat untuk membentuk kesediaan tentang alam pekerjaan apabila tamat pengajian, serta membentuk motivasi dan kesedaran dalam diri para peserta yang terlibat. Karnival yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu turut diserikan dengan ceramah kerjaya oleh Dr. Huzili Hussin, Dekan Pusat Teknologi Komunikasi & Pembangunan Insan (PTKPI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Pada masa yang sama, terdapat juga acara sampingan seperti Kuiz dan Cabutan Bertuah untuk para peserta yang hadir. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, Ahli Parlimen Padang Besar.

Selain SK Sena, antara pihak lain yang turut mengadakan pameran pada hari tersebut ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa agensi yang bernaung di bawah organisasi tersebut, TEKUN Nasional, TPM Biotech Sdn. Bhd., Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), Maybank, Herbalife, OZ Homme Sdn. Bhd. dan banyak lagi. SK Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, khususnya kepada EIM Creative Sdn. Bhd. kerana telah memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk turut terlibat dalam karnival berkenaan, dan mengharapkan agar kerjasama sedemikian dapat diteruskan pada masa hadapan. Penghargaan turut disampaikan kepada para guru dan ibu bapa yang telah memberikan bantuan dan sokongan untuk menjayakan penyertaan SK Sena dalam karnival tersebut.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers