Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Di iCompEx'14

Pasukan SK Sena memberi penerangan tentang produk mereka, Umbrella Fan kepada para pengunjung iCompEx'14.JITRA, Kedah - 11 orang murid SK Sena yang menganggotai EYReC-MINDS Young Researchers Club, Chapter SK Sena telah menyertai pameran dan pertandingan National Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx) 2014 yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), di sini pada 23 - 25 Mac yang lalu. Program tersebut yang dianjurkan bersama oleh POLIMAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima lebih 600 penyertaan dalam kategori terbuka melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi, sekolah, agensi kerajaan dan syarikat swasta seluruh Malaysia.

Ketiga-tiga produk SK Sena yang bertanding merupakan sebahagian daripada 7 produk sekolah rendah yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut selain produk-produk daripada SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah, SK Seri Bayu, Pulau Pinang dan SK Taman Senangan, Pulau Pinang. Pada masa yang sama, program berkenaan turut menampilkan pertandingan Pembentangan Kertas Kerja Inovasi untuk pensyarah-pensyarahJuri pertandingan Kelas VIII mendengar penerangan yang disampaikan oleh murid SK Sena tentang produk inovasi Keep Clippin'. politeknik dan kolej komuniti.

Pertandingan inovasi dan rekacipta iCompEx'14 kategori terbuka dilangsungkan dalam 9 kelas inovasi berdasarkan produk yang dihasilkan oleh setiap pasukan peserta, antaranya Rekabentuk Alam Bina, Pembinaan dan Bahan Binaan serta ICT dan Multimedia. 2 produk SK Sena, Umbrella Fan dan Keep Clippin' telah menyertai pertandingan tersebut dalam Kelas VIII, iaitu Perkhidmatan dan Pemasaran Produk, sementara satu lagi produk SK Sena, Self-Watering Pot mengambil bahagian dalam Kelas IX, Alam Sekitar dan Tenaga Boleh Diperbaharui. Semua produk berkenaan telah menerima maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para juri dan pengunjung. Produk Keep Clippin' hasil rekaan Muhammad Ehsan Zubaidi dan anggota pasukan, Muhammad Rafiq Mohd Redzuan, Rifqie Aiman Mohd Salehuddin dan Muhammad Qhalif Azariq Sahzan berjaya memenangi Pingat Perak dalam sesi penjurian yang dijalankan pada hari pertama pameran.

SK Sena dan EYReC-MINDS Young Researchers Club mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk ke arah menjayakan penyertaan pasukan sekolah dalam iCompEx'14, khususnya kepada Universiti Malaysia Perlis yang telah menyumbangkan khidmat nasihat dan kepakaran secara berterusan ke arah pembangunan produk dan pasukan inovasi SK Sena, serta kepada para guru dan kakitangan yang menghulurkan sumbangan masa dan tenaga kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Pihak sekolah turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam pertandingan tersebut, dan mengharapkan agar usaha sedemikian dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers