Sekolah Kebangsaan Sena

Taklimat ICOM 2014 Di FINAS

En. Ahmad Ferdaus menerangkan tentang program khas ICT SK Sena dan pelaksanaan ICOM 2014 kepada wakil-wakil UniMAP dan FINAS.AMPANG, Kuala Lumpur - Satu sesi taklimat dan perbincangan International Competition in FOSS Multimedia (ICOM) antara wakil-wakil Sekolah Kebangsaan Sena, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berlangsung di ibu pejabat perbadanan tersebut di sini pada 1 April 2014. Mesyuarat tersebut yang bertujuan untuk membincangkan aspek-aspek kerjasama yang dapat dijalankan antara agensi-agensi berkenaan dalam pelaksanaan ICOM 2014 menekankan kepada keperluan penyediaan latihan penerbitan untuk pelajar sekolah dan universiti yang terlibat.

Pada masa yang sama, mesyuarat berkenaan turut membincangkan tentang sumbangan dalam bentuk tenaga pakar oleh pihak FINAS bagi sesi penilaian dan penjurian pertandingan itu kelak. Turut dibincangkan ialah pembentukan jalinan kerjasama strategik antara pihak SK Sena, UniMAP dan FINAS melalui Kelab Pencinta Filem yang bernaung di bawah agensi tersebut. Jalinan sedemikian diharapkan dapat berfungsi untuk menjayakan program-program peningkatan kemahiran dan bantuan penerbitan dalam kalangan pelajar pada masa hadapan.

SK Sena telah diwakili oleh Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), En. Saifur Ridzwan Mustafa dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST, En. Ahmad Ferdaus Abd Razak, manakala UniMAP pula diwakili oleh Prof. Dr. Asiah Sarji, Pengarah Unit Penerbitan. Tn. Hj. Mohd Zulkifli Ab Wahab, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri dan En. Zainudin Aman, Penolong Pengarah Unit Latihan Industri telah mewakili FINAS dalam mesyuarat tersebut.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada UniMAP dan FINAS yang memberikan ruang kepada SK Sena untuk membincangkan pelaksanaan ICOM 2014 dan prospek kerjasama strategik antara semua organisasi yang terlibat, dan mengharapkan agar program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers