Sekolah Kebangsaan Sena

Pelancaran Media RPCG 2014

Jurukamera MEDIASENA, Rifqie Aiman Mohd Salehuddin menjalankan rakaman titah perasmian DYMM Tuanku Syed Sirajuddin dalam Majlis Pelancaran Media RPCG 2014 di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan, Selangor.SERI KEMBANGAN, Selangor - Majlis Pelancaran Media Royal Perlis Celebration Golf (RPCG) 2014 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-71 telah berlangsung di The Mines Resort & Golf Club di sini pada 1 April 2014 yang lalu. Majlis tersebut yang telah dilancarkan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis turut dihadiri oleh YAB Tn. Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis, YAM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Pengerusi Jawatankuasa RPCG, pegawai-pegawai kerajaan negeri Perlis, tetamu kehormat The Mines dan pihak media yang dijemput khas oleh penganjur.

Program Pelancaran Media RPCG tahun ini dimulakan dengan permainan golf VIP melibatkan tetamu kehormat The Mines bersama wakil-wakil media yang menjalankan liputan majlis tersebut dengan Tee-Off oleh Tuanku Syed Sirajuddin seawal jam 8.30 pagi di Tee-Box 1. Perlawanan yang berlangsung selama lebih kurang 4 jam ituTemubual MEDIASENA bersama En. Norshahidi Ismail dari Bahagian Protokol & Muzium, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. berakhir sekitar jam 12.30 tengahari di mana semua pemain dan ahli-ahli jawatankuasa program berehat untuk makan tengahari. Majlis kemudiannya diteruskan pada jam 3.00 petang dengan ucapan alu-aluan oleh Dato' Seri Diraja Syed Razlan dan YAB Tn. Azlan. Dalam ucapannya, Tn. Azlan turut mempromosikan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dijalankan di Perlis pada bulan Mei nanti.

Seterusnya, Tuanku Syed Sirajuddin telah berkenan untuk menyampaikan titah perasmian Majlis Pelancaran Media RPCG 2014, seterusnya melancarkan RPCG 2014 yang bakal berlangsung pada 3 - 4 Mei 2014 di Kelab Golf Putra, Sg. Batu Pahat, Perlis. Baginda turut menyampaikan penghargaan kepada Jawatankuasa RPCG, Kerajaan Negeri Perlis dan The Mines atas sumbangan dan usaha yang dicurahkan untuk menjayakan RPCG tahun ini yang bukan sahaja menjadi gelanggang pertandingan golf profesional semata-mata, malah juga berfungsi sebagai program pembangunan sukan golf dalam kalangan pemain muda di negeri Perlis.

Majlis berakhir sekitar jam 4.30 petang dengan gimik pelancaran oleh Tuanku Syed Sirajuddin dan lawatan ke booth-booth pameran yang disediakan sempena program berkenaan. Turut dipaparkan tahun ini ialah persembahan Awang Batil, iaitu sejenis seni muzik warisan negeri Perlis oleh Penglipurlara, En. Romli Mahmud. SK Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Perlis atas jemputan kepada MEDIASENA untuk menjalankan liputan dan temubual sempena majlis yang diadakan. MEDIASENA juga akan menjalankan tugasan liputan dan MCP (Multiple Camera Production) dalam Royal Perlis Celebration Golf 2014.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers