Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Di i-ENVEX 2014

Salah satu pasukan peserta SK Sena dalam i-ENVEX 2014 menerangkan tentang produk mereka, Easy Tissue kepada para pengunjung.PAUH PUTRA, Perlis - Penyertaan 4 pasukan EYReC-MINDS Young Researchers Club, SK Sena pertandingan rekacipta dan inovasi antarabangsa, International Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) 2014 mencipta kejayaan membanggakan apabila semua produk sekolah yang menyertai pertandingan tersebut berjaya membawa pulang pingat dan anugerah khas. Pertandingan tersebut yang berlangsung pada 11 - 13 April baru-baru ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Alam universiti tersebut di sini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysias Invention and Design Society (MINDS), serta melibatkan pelbagai universiti, kolej, politeknik dan sekolah dari Malaysia, Taiwan, Indonesia, India, Cambodia, Romania, Korea Selatan dan banyak lagi.

Pasukan SK Sena menerima EYReC Young Scientist Award untuk produk mereka, Easy Socket Safe daripada Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI dalam majlis penyampaian hadiah i-ENVEV 2014.Empat produk SK Sena yang dibentangkan oleh pasukan masing-masing dalam i-ENVEX 2014 ialah Easy Socket Safe (Pingat Emas), Easy Tissue (Pingat Perak), Dustionery (Pingat Perak) dan Easy Dustbin Friend (Pingat Gangsa). Pada masa yang sama, produk Easy Socket Safe turut menerima anugerah Khas EYReC Young Scientist Award yang menyaksikan pasukan berkenaan turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 500.00. Menurut ketua pasukan yang menghasilkan produk berkenaan, Muhammad Nur Irwan bin Kamal Bahrin dari Tahun 6 Cemerlang, Easy Socket Safe merupakan hasil daripada ciptaan untuk pertandingan peringkat sekolah, Sena Science Fair yang telah dibangunkan kemudian dengan bimbingan tenaga pakar dari UniMAP untuk pertandingan di peringkat-peringkat yang lebih tinggi.

Selain i-ENVEX, UniMAP turut menganjurkan Malaysia International Robot Competition (MIROC) pada tarikh yang sama. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan pada malam 12 April 2014 di Kompleks Dewan Kuliah UniMAP dan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Polisi) MOSTI, YBhg Dato' Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya mewakili Ketua Setiausaha kementerian tersebut. Pihak sekolah menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan SK Sena dalam i-ENVEX 2014, dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang turut menyumbangkan masa dan tenaga kepada para murid.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers