Sekolah Kebangsaan Sena

Bengkel Multimedia FOSS Perlis

Salah satu pasukan guru dan murid yang menyertai bengkel mempraktikkan kaedah rakaman video yang dipelajari.UniMAP, Pauh Putra - SK Sena dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP), UniMAP telah menganjurkan Bengkel Multimedia FOSS Perlis melibatkan guru dan murid sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Perlis pada 19 - 20 April 2014. Program tersebut yang melibatkan lebih 80 orang peserta dijalankan di Makmal Rangkaian Komputer (MKR1), pusat pengajian tersebut.

Sesi bengkel berkenaan telah dijalankan dengan tujuan untuk melatih kemahiran asas penerbitan video dalam kalangan guru dan murid yang terlibat, sertaPembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST menerangkan tentang teknik penceritaan dalam penerbitan video menggunakan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas kepada para peserta bengkel. mempromosikan International Competition in FOSS Multimedia (ICOM), iaitu pertandingan video peringkat antarabangsa yang akan dilancarkan pada 26 April 2014 oleh YAB Menteri Besar Perlis. Latihan dimulakan dengan pengenalan kepada konsep penceritaan dalam bentuk digital, diikuti dengan kemahiran pengendalian kamera untuk rakaman video. Kemudian, latihan diteruskan dengan kaedah penulisan skrip dan penghasilan storyboard yang sesuai dengan tahap penerbitan murid sekolah.

Hari kedua bengkel menyaksikan para peserta melakukan suntingan kepada video yang telah dirakam menggunakan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (FOSS) Kdenlive dalam sistem operasi Ubuntu GNU/Linux. Antara kemahiran-kemahiran yang telah disampaikan dalam slot tersebut ialah cara-cara memotong klip video, menyusun cerita mengikut skrip dan storyboard, memasukkan kesan khas, transisi serta menerbitkan (rendering) video ke dalam bentuk yang boleh ditonton oleh orang ramai.

Pada masa yang sama, Dekan PPKKP, Prof. Dr. R. Badlishah bin Ahmad turut berkesempatan menghadiri bengkel berkenaan dan menyampaikan satu sesi taklimat berkenaan kepentingan penggunaan FOSS dalam perkomputeran pendidikan. Dalam taklimatnya, beliau menyatakan bahawa FOSS dapat memberi akses awal kepada guru dan murid untuk menggunakan teknologi, dan menyediakan ruang untuk penggunaan komputer secara beretika serta membasmi aktiviti cetak rompak.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Bengkel Multimedia FOSS Perlis Siri 1 tersebut, dan mengharapkan agar para peserta dapat terus mengekalkan minat dan usaha dalam menerbitkan kandungan kreatif pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers