Sekolah Kebangsaan Sena

Taklimat ICOM 2014

Wakil-wakil SK Sena dan UniMAP dalam sesi perbincangan bersama Multimedia Development Corporation di Cyberjaya.CYBERJAYA, Selangor - Penganjuran pertandingan video pendek peringkat antarabangsa, International Competition in FOSS Multimedia (ICOM) 2014 maju selangkah lagi dengan penglibatan agensi-agensi media kreatif kebangsaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) sebagai penyokong dalam pelaksanaan pertandingan tersebut yang akan dilancarkan pada 26 April kelak. Pada masa yang sama, Open Source Initiative (OSI), sebuah agensi pendidikan dan peneraju definisi Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) yang berpusat di Palo Alto, California turut menyatakan minat untuk memberi sokongan kepada ICOM dalam bentuk publisiti dan promosi sedunia.

Dalam sesi taklimat kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan MalaysiaOSI melibatkan Tn. Hj. Md Kasim Bin Md Noah, Timbalan Pengarah (SK) bersama En. Shabudin bin Hasan, En. Shamsuddin bin Mustapha dan Pn. Faridah binti Mohamed Zain pada 18 April lalu, Guru Besar SK Sena, En. Roslan Yatim dan wakil-wakil sekolah menerangkan tentang konsep pertandingan serta usaha-usaha kerjasama strategik yang dapat dijalankan oleh pihak-pihak berkenaan dalam menjayakan ICOM, serta pembentukan persefahaman jangka panjang dalam memajukan ICT dan Multimedia dalam pendidikan pada masa hadapan. Seterusnya, taklimat di MDeC pada hari yang sama turut dihadiri oleh Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Prof. Dr. Asiah Sarji dari UniMAP, manakala MDeC pula diwakili oleh Cik Faridah Jaafar, Pengurus Program Creative Life Long Learning (CILLP) dan Pn. Yang Mee Eng, Eksekutif Kanan, Strategi dan Perancangan.

Hasil daripada taklimat dan perbincangan yang dijalankan, ICOM 2014 kini menerima khidmat nasihat, bimbingan dan tenaga pakar untuk penjurian profesional daripada pihak industri penerbitan filem, dokumentari dan animasi negara. Maklumat lanjut tentang syarat pertandingan, pendaftaran dan tema video boleh didapati dalam laman web rasmi pertandingan di icom.sksena.edu.my selepas majlis pelancaran yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Tn. Azlan Man. Sebarang pertanyaan tentang ICOM juga boleh dialamatkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers