Sekolah Kebangsaan Sena

Pelancaran ICOM 2014

Tn. Azlan menyempurnakan gimik pelancaran ICOM sambil disaksikan oleh Dr. Kamarudin dan En. Roslan.UniMAP, Pauh Putra - Pertandingan video pendek peringkat antarabangsa, International Competition in FOSS Multimedia (ICOM) 2014 dilancarkan oleh YAB Tn. Azlan Man, Menteri Besar Perlis di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini pada 26 April 2014. ICOM merupakan pertandingan berasaskan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (FOSS) yang dianjurkan oleh SK Sena, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Multimedia Development Corporation (MDeC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Open Source Initiative (OSI), sebuah agensi global yang berpusat di Palo Alto, California.

Pertandingan berkenaan terbuka kepada semua murid sekolah dan pelajar universiti di seluruh dunia dengan tema Education, Ecology dan My Hometown. Para peserta dikehendaki menghasilkan video yang berkaitan dengan tema-tema tersebut sepanjang 2 - 5 minit dan mendaftarkan video masing-masing di laman web rasmiTn. Azlan dan Dr. Kamarudin menjawab soalan wartawan dalam sesi sidang media selepas Majlis Pelancaran ICOM 2014 di Pejabat Naib Canselor UniMAP, Pauh Putra. pertandingan, http://icom.sksena.edu.my/.

Majlis pelancaran ICOM 2014 telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP dan dihadiri oleh En. Dun bin Kasa, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, En. Roslan bin Yatim, Guru Besar SK Sena selaku Pengerusi Bersama ICOM 2014, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan UniMAP, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah negeri Perlis serta pihak media. Dalam ucapan beliau, Dr. Kamarudin menyatakan bahawa pelaksanaan ICOM selaras dengan status dan tanggungjawab UniMAP sebagai sebuah universiti ulung di Malaysia yang menumpukan kepada pembangunan penyelidikan, sains, teknologi dan inovasi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian dan gimik pelancaran oleh Tn. Azlan.

Satu sesi sidang akhbar telah diadakan selepas majlis pelancaran untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada umum tentang pelaksanaan ICOM 2014, serta menyebarluaskan publisiti dan promosi tentang pertandingan tersebut kepada para pelajar di Malaysia dan di luar negara. Mengulas mengenai soalan yang dibangkitkan, Tn. Azlan menyebutkan bahawa pelaksanaan ICOM dapat membantu merealisasikan Pelan Tindakan Strategik ICT Negeri Perlis, khususnya dari segi meningkatkan dayasaing rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pada masa yang sama, Prof. Asiah Sarji, Pengarah Unit Penerbitan UniMAP telah menyampaikan satu taklimat khas kepada para hadirin tentang peluang-peluang yang disediakan oleh agensi-agensi penaja dalam industri media kreatif. Selesai majlis, semua hadirin telah dibawa melawat ke sekitar kawasan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan dalam perpustakaan utama kampus induk UniMAP itu.

Maklumat lanjut tentang ICOM juga boleh didapati dalam laman Facebook rasmi pertandingan, https://www.facebook.com/icomfilm. Liputan tentang ICOM dan majlis pelancaran kini disiarkan dalam laman berita Bernama, http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=1033889 dan laman blog OSI, http://opensource.org/node/708. Sebarang pertanyaan tentang pertandingan berkenaan boleh dialamatkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Tempoh pertandingan ICOM 2014 bermula selepas majlis pelancaran dan berakhir pada 31 Julai 2014, 11.59 malam waktu Malaysia.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penganjur bersama dan semua pihak yang memberikan sokongan dan sumbangan ke arah menjayakan program tersebut, serta menyeru para pelajar dan institusi pendidikan di seluruh dunia untuk merebut peluang serta mengambil bahagian dalam ICOM 2014. Liputan program dan demonstrasi teknologi disediakan oleh MEDIASENA.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers