Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Di PCICS 2014

En. Roslan, En. Mohamad Izham dan Prof. Dr. R. Badlishah ketika menghadiri PCICS 2014 di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.HOTEL EQUATORIAL, Pulau Pinang - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sena, En. Roslan Yatim bersama Guru Bitara ICT, En. Mohamad Izham Yahaya dan Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST berada di sini untuk menghadiri Penang Creative Industry Conference & Showcase (PCICS) 2014 anjuran Invest-in-Penang Berhad pada 6 Mei 2014. Program tersebut yang merupakan susulan kepada pelancaran Creative Animation Triggers (CAT) iaitu program kerajaan negeri untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai hab kandungan multimedia kreatif bermatlamat untuk membolehkan pakar-pakar media kreatif dari dalam dan luar negara berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dan orang awam yang berminat untuk menyertai industri tersebut.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Pelbagai slot perkongsian telah dijalankan sepanjang program sepanjang satu hari itu, antaranya forum "Creative Multimedia - The Next Booming Industri yang melibatkan panelis dari pelbagai agensi termasuk En. Kamil Othman, Timbalan Presiden Kluster Multimedia Kreatif, Multimedia Development Corporation (MDeC). Terdapat juga sesi ceramah yang telah disampaikan oleh pengasas Rhythm & Hues yang telah memenangi 3 Anugerah Oscar (Academy Awards) untuk Kesan Visual Terbaik menerusi filem Babe, The Golden Compass dan The Life of Pi, En. John Hughes.

Satu bengkel animasi 3-Dimensi dan pembangunan permainan video telah diadakan pada akhir program untuk membentangkan potensi kerjaya dan peluang masa hadapan dalam bidang tersebut kepada para hadirin. Pada masa yang sama, beberapa agensi dana (Venture Capitalists) seperti Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), Cradle Fund Sdn. Bhd., MyCreative Ventures Sdn. Bhd. dan Expara IDM Ventures Sdn. Bhd. turut menjayakan Funding Facilitation Clinic untuk memberikan maklumat tentang kaedah perolehan dana kepada para pelajar yang berminat untuk menceburi industri kreatif.

Maklumat lanjut tentang PCICS 2014 boleh didapati di http://investpenang.gov.my/portal/images/pdf/PCICS-Info-Pack-2014.pdf (fail PDF).

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers