Sekolah Kebangsaan Sena

Royal Perlis Celebration Golf 2014

Pertandingan golf yang dijalankan sempena RPCG 2014 menarik penyertaan daripada para pemain golf dalam dan luar negara.KANGAR, Perlis - Royal Perlis Celebration Golf (RPCG) 2014 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-71 bertemakan "Raikan Perlis" telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 3 dan 4 Mei 2014. Program tersebut yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dan The Mines Resort & Golf Club merupakan acara tahunan yang merupakan sebahagian daripada kalendar acara keputeraan. RPCG 2014 merupakan siri ke-4 sejak dimulakan pada tahun 2011. MEDIASENA selaku badan produksi utama SK Sena telah dilantik sebagai jawatankuasa media bagi menjalankan liputan penuh sepanjang program.

Pelbagai acara menarik telah ditampilkan oleh pihak penganjur untuk RPCG tahun ini. Aturcara pada hari pertama dimulakan dengan Junior Golf Competition di Kelab Golf Putra, Sg. Batu Pahat, Perlis melibatkan para pemain golf muda dari negeri Perlis dalam kemahiran Driving, Chipping dan Putting serta pertandingan golf 18 lubang. PadaDYMM Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan titah perasmian dalam RPCG 2014 Welcome Dinner di Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis. sebelah petangnya pula, DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan untuk menyertai permainan persahabatan VVIP Golf yang turut melibatkan tetamu kenamaan seperti TYT Krit Kraichitti, Duta Besar Thailand ke Malaysia, TYT Dato' Paduka Hj. Ishaaq Hj. Abdullah, Pesuruhjaya Tinggi Brunei di Malaysia, Prof. Dr. Hj. Khudzir Hj. Ismail, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis dan Tan Sri Lee Kim Yew, Pengasas The Mines Resort & Golf Club.

Majlis makan malam RPCG Welcome Dinner pula diadakan di Mes Pegawai Kanan PDRM untuk meraikan para tetamu, peserta dan semua yang terlibat menjayakan acara tahun ini. Pelbagai persembahan telah menyerikan lagi majlis termasuk beberapa lagu klasik yang disampaikan oleh kumpulan Balle Balle. Tidak ketinggalan juga persembahan koir oleh pasukan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan tayangan video Warna-Warni RPCG oleh MEDIASENA.

Hari kedua program menyaksikan pertandingan golf terbuka melibatkan pemain-pemain dari dalam dan luar negara, serta MTB Eco-Ride yang dikendalikan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis. Pada masa yang sama, beberapa gerai pameran dan jualan dibuka sepanjang dua hari program untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat dan usahawan tempatan mempamerkan produk masing-masing kepada para hadirin. KTM Malaysia turut menampilkan demonstrasi menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan aksi lasak untuk menghiburkan para penonton. Hadiah-hadiah dan cabutan bertuah untuk pertandingan golf telah disampaikan dalam Majlis Penutup RPCG 2014 yang bermula sekitar jam 2.30 petang.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis atas kesudian menjemput MEDIASENA menjadi sebahagian daripada RPCG tahun ini, dan mengharapkan agar kerjasama sedemikian dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Penghargaan turut disampaikan kepada para guru, ibu bapa, jurulatih dan semua pihak yang telah membantu menjayakan liputan Royal Perlis Celebration Golf 2014.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers