Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Raih Emas, Perak Dalam AYIE 2014

Peserta SK Sena, Muhammad Nur Irwan Kamal Bahrin menerima Anugerah Khas daripada wakil AYISI untuk produk Easy Socket Safe.KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER - Pasukan-pasukan penyelidik muda Sekolah Kebangsaan Sena di bawah program EYReC - MINDS Young Researchers Club mencatatkan kejayaan cemerlang apabila meraih satu Pingat Emas dan satu Pingat Perak masing-masing untuk produk Easy Socket Safe dan 3R Kids Stool yang dihasilkan melalui Sena Science Fair 2014 dalam Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) yang berlangsung di sini pada 8 - 10 Mei yang lalu.

AYIE 2014 merupakan acara pameran dan pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat antarabangsa melibatkan peserta-peserta dari pelbagai negara, termasukPeserta-peserta cilik SK Sena membentangkan produk mereka, 3R Kids Stool kepada para pengunjung AYIE 2014. Malaysia, Taiwan, Indonesia, Arab Saudi, Hong Kong, Vietnam dan banyak lagi. Program tersebut merupakan acara satelit kepada International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) Ke-25 yang menampilkan pelbagai produk terbaru keluaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta agensi dalam dan luar negara. Pada masa yang sama, ITEX turut menampilkan pertandingan peringkat kebangsaan, Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) yang disertai oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

ITEX 2014 dan acara-acara satelit tahun ini telah dianjurkan oleh Malaysian Invention And Design Society (MINDS) dengan kerjasama agensi-agensi penyelidikan, pendidikan dan syarikat swasta. Produk Easy Socket Safe yang dihasilkan oleh murid-murid Tahun 6 SK Sena berjaya memikat hati juri untuk memenangi Pingat Emas dan Anugerah Khas daripada Assocation of Young Innovators and Scientists (AYISI), Indonesia. Lebih menarik lagi, produk 3R Kids Stool yang menampilkan peserta-peserta berusia 8 dan 9 tahun berjaya mendapat Pingat Perak dalam pertandingan berkenaan. Turut membanggakan apabila Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul johan keseluruhan ITEX dengan menggondol 55 Pingat Emas, sekaligus mencatat rekod baru untuk pungutan pingat dalam program tersebut. Majlis penutup dan penyampaian hadiah AYIE 2014 telah dirasmikan oleh YB P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II. Hadiah-hadiah juga disampaikan oleh Tan Sri Emeritus Prof. Datuk Dr. Augustine S.H. Ong, Presiden Jawatankuasa Eksekutif MINDS serta wakil persatuan-persatuan rekacipta dan inovasi pelbagai negara yang menawarkan Anugerah Khas.

SK Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak UniMAP atas segala bantuan, bimbingan dan sokongan yang diberikan kepada peserta-peserta sekolah, juga kepada C.I.S Network Sdn. Bhd. yang membantu menguruskan penyertaan SK Sena dalam Asian Young Inventors Exhibition 2014. Maklumat lanjut tentang ITEX boleh didapati di http://www.itex.com.my/.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers