Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Di DESA 2014

Pembentangan pelaksanaan kaedah "Flipped Classroom" di Cempaka Schools.KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER - Digital Education Show Asia (DESA) 2014 anjuran Terrapinn, MDeC dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlangsung di sini pada 27 - 28 Mei yang lalu melibatkan peserta-peserta dari pelbagai institusi pendidikan, syarikat korporat dan akademia dalam dan luar negara. Program tersebut yang mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa entiti multinasional seperti Google, Microsoft dan Nuance memaparkan perkembangan teknologi terkini dalam bidang pendidikan, serta kaedah-kaedah Pembelajaran dan Pengajaran terbaru yang diamalkan di beberapa buah institusi pendidikan, antaranya Cempaka Schools, International School of Kuala Lumpur serta sekolah-sekolah di Taiwan dan Korea.

Aturcara persidangan utama DESA 2014 menampilkan penceramah-penceramah yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi dan pendidikan, antaranya dari Google, University of Oregon, University of California San Francisco, Universiti Teknologi Malaysia, Australian International School Singapore, English Schools Foundation dan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Pada masa yang sama, terdapat juga sesi bengkel praktikal berkenaan penggunaan Google Apps, Chromebook, dan pembangunan bahan elektronik untuk 'Flipped Classroom'.

Guru Besar SK Sena. En. Roslan bin Yatim hadir dalam program tersebut sebagai salah seorang peserta 'On-Floor Seminar' di mana beliau telah dapat mengikuti sesi-sesi seminar selari yang dijalankan sepanjang program serta berinteraksi dengan pelbagai agensi yang mengadakan pameran sempena DESA 2014. Antara perbincangan yang berlangsung ialah tentang bahan-bahan pembelajaran yang diterbitkan berdasarkan sukatan pendidikan Australia, potensi pelaksanaan kajian kes dalam pembelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan plugin Google Docs yang diterbitkan oleh Texthelp serta pelaksanaan sistem pengurusan fail secara elektronik.

Selain seminar dan pameran, DESA 2014 turut menyediakan ruang untuk para peserta bertukar-tukar pandangan dan menjalinkan rangkaian strategik. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas jemputan kepada SK Sena untuk menyertai DESA 2014.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers