Sekolah Kebangsaan Sena

FOSSCamp 2014

Salah satu pasukan peserta FOSSCamp 2014 menjalankan rakaman sempena pertandingan yang diadakan dalam bengkel berkenaan.PUTRA PALACE, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena, Universiti Malaysia Perlis, Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sekretariat ICOM 2014 telah menganjurkan Kem Multimedia FOSS Perlis (FOSSCamp) 2014 di sini pada 9 - 12 Jun yang lalu melibatkan seramai 44 orang murid sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Perlis. Program tersebut merupakan salah satu acara satelit dalam kalendar International Competition in FOSS Multimedia (ICOM) yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perlis pada 26 April lalu.

FOSSCamp 2014 dilaksanakan dengan matlamat untuk menyampaikan kemahiran penerbitan video dalam kalangan peserta, serta menerapkan nilai-nilai kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama, program berkenaan menekankan aspek kerjasama berpasukan dan keyakinan diri yang tinggi dalam prosesPara peserta membentangkan idea penerbitan pasukan kepada jurulatih dalam FOSSCamp 2014. penerbitan video. FOSSCamp kali ini merupakan acara sulung seumpamanya yang menampilkan kelas-kelas seperti Production Flow, Videography, Scriptwriting and Storyboarding, Production Make-Up, dan Video Editing with Free and Open Source Software (FOSS). Pada akhir program, setiap pasukan peserta dikehendaki menghasilkan satu video pendek sepanjang 2 - 3 minit untuk tayangan dan pertandingan dalam majlis penutup yang berlangsung pada 12 Jun 2014.

Antara jurulatih profesional yang hadir menyumbangkan kepakaran, tenaga dan masa untuk bengkel yang dijalankan ialah En. Mohd. Asry Shafii yang merupakan seorang pembekal bahan video untuk stesen-stesen televisyen tempatan, En. Abdul Hamid Abdullah, bekas penerbit TV3 yang juga pernah menerbitkan dokumentari untuk Discovery Channel Asia, Pn. Harliratuza Herra Ramli, jurusolek TV dan majlis, serta Prof. Dr. Asiah Sarji, pakar penerbitan yang kini menerajui Penerbit UniMAP bersama En. Fuad Ariffin dari unit yang sama. Turut hadir menyaksikan pelaksanaan program ialah Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim. Dalam ulasannya kepada MEDIASENA, beliau menyeru semua sekolah yang terlibat ada mengambil peluang yang ada untuk menimba ilmu dan berusaha meraih kecemerlangan daripada pengalaman dan kepakaran yang disediakan melalui FOSSCamp 2014. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs En. Nuzrin bin Nuiman, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Perlis.

Pihak sekolah mewakili Sekretariat ICOM 2014 mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dan mengharapkan agar peluang yang disediakan melalui FOSSCamp dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Setinggi-tinggi penghargaan disampaikan kepada pihak penaja, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta para ahli jawatankuasa, guru-guru, ibu bapa dan semua yang telah membantu menjayakan FOSSCamp 2014 samaada secara langsung mahupun tidak langsung.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers