Pingat Perak ComIIC 2014
- Butiran
- Dikemaskini pada Isnin, 29 September 2014 11:37
- Diterbitkan pada Isnin, 29 September 2014 10:47
- Pengarang: SK Sena
UiTM Perlis - Sekolah Kebangsaan Sena mencatatkan kejayaan cemerlang sekali lagi melalui program inovasi antarabangsa EYReC-MINDS Young Researchers Club apabila berjaya meraih Pingat Perak dalam pertandingan pembentangan idea inovasi Commercialization, Innovation and Idea Competition (ComIIC) 2014 anjuran Universiti Teknologi Mara Perlis di sini pada 17 September 2014. Program tersebut memerlukan setiap peserta membentangkan idea produk masing-masing kepada para juri profesional dan jemputan secara lisan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris tanpa sebarang bantuan visual selama 5 minit dan tambahan 3 minit untuk sesi soal-jawab.
SK Sena telah diwakili oleh Rifqie Aiman bin Mohd Salehuddin (Tahun 5 Elit) dan Nur Raihana binti Mohd Redzuan (Tahun 4 Omega). Selain SK Sena, pertandingan tersebut turut disertai oleh sekolah-sekolah menengah dari Malaysia dan Thailand, antaranya SMS Tuanku Syed Putra, SMS Pokok Sena, SMS Kubang Pasu, SMK Tuanku Lailatul Shahreen, SMK Derma dan Demonstration School of Prince of Songkhla University.
ComIIC merupakan salah satu acara satelit dalam International Innovation, Design and Articulation (i-IDeA) 2014, iaitu program inovasi antarabangsa tahunan yang dihoskan oleh universiti berkenaan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Rektor UiTM Perlis, Prof. Dato' Dr. Hj. Ahmad Redzuan Hj. Abd Rahman. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para peserta yang berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa, dan menyampaikan penghargaan kepada UiTM Perlis kerana sudi melibatkan SK Sena dalam ComIIC 2014.