SK Sena Raih 2 Emas, 1 Perak dan Anugerah Khas Di Taiwan

t2KAOHSIUNG, TAIWAN - Pasukan rekacipta Sekolah Kebangsaan Sena bersama produk mereka, Keep Clippin, Easy Socket Safe dan 3R KIds Stool mencatatkan kejayaan cemerlang apabila meraih tiga anugerah dalam Kaohsiung International Invention Exhibition 2014 yang telah berlangsung pada 19 - 21 Disember yang lalu di International Convention Centre di sini. Pasukan tersebut yang terdiri daripada enam orang murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah berjaya memenangi 2 Gold Medal melalui 3R Kids Stool dan Keep Clippin, 1 perak melalui Easy Socket Safe serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas dari Kerajaan Hong Kong untuk 3R Kids Stool dan Anugerah Khas dari Kerajaan Thailand untuk SK Sena. Produk Keep Clippin juga telah meraih Anugerah Khas iaitu International Youngest Inventor Award.

Ekspo berkenaan merupakan acara antarabangsa yang dianjurkan secara tahunan oleh WIIPA dengan kerjasama pelbagai agensi awam dan korporat Taiwan. Antara negara lain yang turut mengambil bahagian dalam program tahun ini ialah Amerika Syarikat, China, Filipina, Korea dan lain - lain. SK Sena mengambil bahagian dalam pertandingan 2014 sebagai kesinambungan daripada duat12 kemenangan di peringkat antarabangsa sebelum ini, iaitu dalam i-ENVEX 2013 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan International Exhibition for Young Inventors (IEYI) di Kuala Lumpur Convention Center yang lalu. Penyertaan SK Sena dijalankan di bawah bimbingan dan khidmat nasihat ENVEX Young Researchers' Club (EYReC), UniMAP melalui Kelab Jurutera Tunas Muda. Selain SK Sena, pasukan lain dari Malaysia yang hadir dalam Kaohsiung International Invention Exhibition 2014 ialah UniMAP sendiri.

Selain mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan, pasukan SK Sena turut berkesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kaohsiung.

 Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara dalam acara di peringkat antarabangsa, serta menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para individu, badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat korporat yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan kepada pasukan SK Sena untuk mengambil bahagian dalam Kaohsiung International Invention Exhibition 2014.

t9   t10   t11

t3   t4   t6

t8   t1