Sekolah Kebangsaan Sena

Mengusahakan Kecemerlangan

TintaGBTahun 2009 menyaksikan kejayaan Sekolah Kebangsaan Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia menjalankan pelbagai program kebitaraan sebagai usaha SK Sena meningkatkan kecemerlangan. Bitara ICT SK Sena atau dikenali sebagai S.E.N.A CyQUEST, contohnya, telah menganjurkan siri latihan kemahiran multimedia menggunakan perisian-perisian sumber terbuka bertaraf profesional untuk murid-murid. Bitara Lompat Tali, atau Sena Jumpers pula terus merebut pelbagai kemenangan, seperti yang telah dilakukan tahun demi tahun. Bitara Matematik, atau GENIUSMATHS berjaya menghasilkan beberapa kumpulan penulis blog Matematik dan melatih guru-guru SK Sena untuk menggunakan perisian-perisian Pengajaran dan Pembelajaran yang dihasilkan untuk SmartBoard di bawah pengurusan mereka.

 

Pelaksanaan program ini memerlukan komitmen, kerjasama dan usaha berterusan di kalangan warga SK Sena. Kami di SK Sena amat menghargai kesempatan, malah menjadi satu kejayaan besar kepada kami untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan lanjutan ini kepada murid-murid SK Sena. Hasil jaringan antara Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan universiti-universiti yang bertindak sebagai panel penasihat, khususnya Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Perlis, program-program kebitaraan 2009 telah dapat dilaksanakan dengan lancar, yang akhirnya membawa begitu banyak manfaat kepada warga sekolah.

 

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster yang memberikan sokongan dan bimbingan dalam menjalankan program-program yang telah dirancang. Melalui peruntukan yang disediakan, dan kelulusan terhadap perancangan sekolah yang digariskan dalam Request for Proposal Sekolah Kluster Kecemerlangan, program-program tersebut akhirnya dapat menjadi realiti.

 

Bagi kami di SK Sena, sasaran utama menjalankan apa juga program dan aktiviti ialah untuk menghasilkan impak yang tinggi kepada kumpulan sasaran bagi setiap program, sama ada guru mahupun murid. Budaya kerja yang diamalkan dalam usaha untuk menjayakan program-program kebitaraan, malah semua program sekolah secara umumnya, menjurus ke arah piawaian Sekolah Berprestasi Tinggi, selaras dengan visi baru SK Sena, Sekolah Kebangsaan Sena dari Sekolah Kluster Kecemerlangan ke Sekolah Berprestasi Tinggi.

 

Akhir kata, harapan saya ialah agar semua pihak di SK Sena menjadikan kejayaan-kejayaan yang telah kita kecapi, dan usaha-usaha yang telah kita curahkan sebagai batu loncatan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi secara berterusan. Semoga amalan kita hari ini menjadi legasi dan inspirasi kepada generasi SK Sena yang akan datang.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena

* Teks ini merupakan ucapan aluan Guru Besar SK Sena dalam buku laporan program-program Sekolah Kluster Kecemerlangan 2009 yang diterbitkan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers